Nicki Minaj Bayar Wang Tuisyen Peminat

Syafiqah Jalal
Mei 16, 2017 12:00 MYT
Penyanyi rap popular Nicki Minaj melunaskan janjinya dengan membiayai perbelanjaan tuisyen peminatnya.
Sepanjang minggu ini, Nicki telah mengumumkan senarai nama dan nilai bayaran wang tuisyen masing-masing.
Menerusi Instagramnya pada Sabtu lalu, Nicki menunjukkan bukti dia bakal mendermakan AS$18,000 (RM77,643) kepada lapan pelajar yang memerlukan bantuan daripada segi tuisyen, pembiayaan semula wang pinjaman dan buku.
Minggu lalu penyanyi lagu Anaconda itu menerusi laman Twitternya menyatakan hasrat untuk membiayai perbelanjaan pelajar yang menunjukkan prestasi terbaik dalam kad laporan.
Nicki juga akan menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu para pelajar yang memerlukan.
Devonte Portis, seorang penuntut dalam bidang Perhubungan Awam di Ohio University merupakan salah seorang pelajar cemerlang yang terpilih.
"Memang tak jangka! Dia akan membayar semua hutang pembelajaran saya.
"Nicki sering memberikan motivasi kepada peminatnya untuk terus belajar dan mencapai impian yang diinginkan," katanya kepada CNN.

Show me straight A's that I can verify w/ur school and I'll pay it. Who wants to join THAT contest?!?!??‍♀️ Dead serious. Shld I set it up? https://t.co/czH715u64a

— NICKI MINAJ (@NICKIMINAJ) May 7, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Turut mengikut jejak langkah Nicki, penyanyi Beyonce yang mengumumkan akan menanggung biasiswa empat gadis terpilih yang kreatif, yakin dan berfikir luar kotak.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: CNN
#Hollywood #Hollywood #Nicki Minaj #biasiswa