Penyanyi rap terkenal, Nicki Minaj membuat keputusan mengejutkan apabila mengumumkan persaraan dalam bidang nyanyian.

Nicki berkongsi pengumuman itu menerusi platform Twitter rasminya baru-baru ini.

Menurut Nicki, keputusan itu dibuat memandangkan dia bakal mendirikan rumah tangga bersama bersama eksekutif muzik, Kenneth Petty.

"Saya sudah buat keputusan untuk bersara dan saya ada keluarga sendiri.

"Saya tahu anda semua gembira sekarang. Kepada semua peminat, teruskan sokongan kami," katanya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata peminat terkejut dengan pengumuman tersebut.

Kebanyakkan mereka kecewa dengan keputusan drastik tersebut.

Menerusi lagu popular seperti Super Bass. Anaconda dan Starship, Nicki Minaj boleh disifatkan sebagai antara penyanyi rap wanita terhebat ketika ini.