Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nico G Pilih Keluarkan Lagu Terbaru Secara Berperingkat

Zulaikha Yusof
11/10/2019 12:30 MYT
Pencetus irama muzik Hip Hop Malaysia iaitu kumpulan Nico G tampil menjelaskan tindakan mereka melancarkan lagu terbaru secara berperingkat.

Jelas Nico G peminat sekarang lebih memilih untuk mendengar dalam bentuk visual.

"Ini memang album tetapi kami keluarkan dua buah lagu dahulu untuk dipromosikan dan akan diikuti dengan dua lagi.

"Sekarang ini berbeza dengan masa dulu. Sebelum ini kami dah siapkan 10 buah lagu, buat sidang media dan terus lancarkan.

"Sekarang ini dia lebih kepada bentuk digital maknanya peminat lebih suka tengok visual dahulu," katanya kepada HLive.

Tambah Nico G, pelbagai aktiviti akan dijalankan oleh mereka sepanjang enam buah lagu dilancarkan.

"Kami keluarkan dua buah lagu dahulu bagi mereka rasa 'ketagih' dengan karya kami.

"Seterusnya ia akan diikuti sehingga cukup enam buah lagu.

"Jadi dalam jangka masa yang panjang itu pelbagai aktiviti boleh dilakukan.

"Insya-Allah pada tahun hadapan kami akan keluarkan album penuh," tambahnya lagi.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).



Foto: Google
#Hip Hop #Nico G