Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

'Night, Mother', Teater Tentang Perkahwinan Gagal, Anak Bermasalah & Kesihatan Mental

Amri Hassan
22/12/2021 12:22 MYT
Mengangkat isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan dalam masyarakat semasa, teater 'Night, Mother' antara lainnya bakal mengetengahkan isu dilema wanita, pergolakan rumah tangga dan masalah sosial.

'Night, Mother' diarahkan oleh Pat Gui yang kali pertama duduk di kerusi pengarah dan menjanjikan perjalanan roller coaster sepanjang pementasan teater yang berlangsung selama 11 hari ini.

"Mengapa naskhah ini dipilih untuk teater kali ini? Ia adalah kerana karya yang sangat kuat yang dan berpusat pada dua watak dalam karya tersebut. Tumpuan diberikan khususnya kepada dua karakter wanita ini dan bukannya pada kesan khas, set mewah mahu pun busana.

"Ia akan menjadi perjalanan roller coaster yang penuh emosi. Ia kembali kepada asas membuat teater. Walaupun drama ini menyentuh isu kesihatan mental, namun it bukanlah subjek utama yang ditonjolkan dalam teater yang akan berlangsung selama 11 hari ini," katanya yang sudah berada dalam industri teater selama 30 tahun dan pakar dalam pengurusan pentas produksi.

'Night, Mother' merupakan karya oleh Marsha Norman dan akan dipentaskan di PJPac di One Utama mulai 6 hingga 16 Januari 2022. Ia bakal dibintangi oleh Sukania Venugopal dan Anitha Ab Hamid.

Sinopsis

Teater yang bakal berlangsung tersebut memaparkan senario perihal kisah dalam satu petang di ruang tamu/dapur rumah terpencil yang dikongsi oleh Jessie dan ibunya yang sudah tua bernama Thelma.

Jessie, seorang pengidap epilepsi yang menganggur dan mengalami masalah perkahwinan yang gagal serta mempunyai seorang anak lelaki yang sangat bermasalah.

Dia telah mengatur rumah itu dengan teliti dan membuat persiapan terperinci untuk hari-hari mendatang sambil menerangkan perubahan kepada Thelma, yang tidak serta-merta menyedari sesuatu yang luar biasa terhadap kelakuan anaknya.

Akhirnya Jessie bertanya di mana pistol arwah bapanya disimpan; Thelma memberitahunya. Hanya selepas Jessie mengambil pistol, Thelma mempersoalkan tingkah laku aneh Jessie.

Kenali pelakon

Pelakon Sukania Venugopal telah bekerja di Malaysia dan Singapura untuk projek teater, TV dan filem, termasuk Talentime bersama Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sukania membuat persembahan dan menjadi pengarah bersama drama tarian dengan The Temple of Fine Arts, bekerja dalam teater dan muzikal kanak-kanak, dan merupakan penghibur perintis dengan The Instant Cafe Theatre.

Pada 2019, Sukania menjadi sebahagian daripada produksi penerbitan teater Australia, Counting and Cracking di Sydney dan Festival Seni Adelaide Beliau memenangi Best Supporting Role melalui lakonannnya dalam naskhah Ghost Writer oleh The Necessary Stage di The Straits Times Life Theater Awards, dan Best Supporting Role untuk Language Archieve dalam Anugerah Boh-Cameronian.

Anitha Abd Hamid pula mempunyai pengalaman dalam radio, televisyen, filem pendek dan indipenden dan sudah tentu dalam bidang teater. Beliau terlibat dalam produksi teater seperti 'Scorpion Orchid', 'The Killing of Sister George', 'Ang Tau Mui', 'When They Dance 3', 'Silence, Please', 'Cinta Sang Arnab', 'Project Watermelon' , 'Love Journey', 'Bare Becket' dan 'The Language Archive.

Tiket untuk teater itu kini dijual di www.onetix.com.my pada harga RM95 (tidak termasuk yuran tiket). Tiket early bird dijual pada harga RM85 (tidak termasuk yuran tiket) dan telah berakhir pada 30 November 2021.

#Teater #Night Mother #PJPac
;