Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Nightmare! Iesya Toh Throwback Tragedi Ngeri Anak Melecur Terkena Air Panas

Kamaruddin Razal 15/01/2020 | 07:28 MYT
Pengacara Iesya Toh mengimbau detik cemas ketika tubuh anaknya, Harraz Daiyan melecur akibat terkena air panas setahun lalu.
Menerusi kemas kini Instagram miliknya, Iesya mendedahkan dia tidak akan melupakan insiden yang terjadi dan menganggap tragedi itu sebagai mimpi buruk.
"Setahun lepas, nightmare. Bila Pak Sheikh melecur air panas.. Tak pernah lupa apa yang jadi hari tu.
"Apa yang mommy ingat, pesan tok nenek dulu simpan tepung dalam fridge! Kalau ada kecemasan itu boleh guna.
"Pengajaran dari Allah untuk kami lebih berhati-hati. Anak-anak nak membesar memang sangat cepat tangannya.. Dia mencuba dan ingin tahu," tulis Iesya.
Turut berkongsi beberapa foto keadaan badan anaknya yang melecur serta foto terkini Harraz, Iesya menasihati ibu bapa agar tidak terleka.
"Parents tak boleh leka. Jangan sesekali letak benda yang boleh mendatangkan bahaya buat mereka! Hari ni Pak Sheikh memang faham maksud HOT / PANAS! Dengan adik dia, @hafiya_daisha pun dia jaga!
"Alhamdulilah hari ni semakin hilang dah bekas tu. Doktor kata ambil masa dua sehingga ke tiga tahun juga.
"Alhamdulilah terima kasih pada semua yang kirimkan macam-macam lotion, cream, air buat @harraz_daiyan time tu. Moga Allah mewahkan rezeki anda semua. Aamiin," tulisnya lagi.

Setahun lepas, nightmare ? bile pak sheikh melecur air panas.. Tak pernah lupa apa yg jadi hari tu. Apa yg mommy ingat, pesan tok nenek dulu simpan tepung dlm fridge! Klu ada kecemasan itu boleh guna.. . Pengajaran dari Allah utk kami lebih berhati2. Anak2 nak membesar mmg sgt cepat tangannya.. die mencuba n ingin tahu. . Parents xboleh leka. Jgn sesekali letak benda yg boleh mendtgkan bahaya buat mereka! Hari ni pak sheikh mmg faham maksud HOT / PANAS! . Dgn adik die, @hafiya_daisha pun die jaga! ?♥️ Alhamdulilah hari ni semakin hilang dah bekas tu. Doc kata amek masa 2-3tahun jugak. Alhamdulilah terima kasih pada semua yg Kirim kan mcm2 lotion, cream, air buat @harraz_daiyan time tu. Moga Allah mewahkan rezeki anda semua. Aamiin ??

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on

Personaliti televisyen itu mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Huzairee Muhamad pada 29 Mei 2015.
Hasil perkahwinan, Iesya dan suami dikurniakan dua orang cahaya mata, Harraz Daiyan dan Hafiya Daisha.
#Pengacara #Iesya Toh
;