Nik Shamiera Pamer 3 Tutorial Gaya Hijab Ala Wartawan Penyiaran
Ahmad Shah
19/11/2015 01:34 MYT
19/11/2015 01:34 MYT
Tidak dinafikan adakalanya wanita berhijab mempunyai masalah untuk menentukan gaya hijab yang bersesuaian ke tempat kerja.
Malah ada juga yang pening memikirkan cara mengubah gaya hijab menjadi sedikit berlainan daripada kebiasaan untuk tampil lebih menarik dan anggun.
Menerusi video tutorial gaya hijab yang dilakukan oleh Nik Shamiera yang merupakan peserta Kempen Kecapi Impianku Bersama Sunsilk ini telah memberikan beberapa idea untuk tampil menawan.
Tiga hijab ‘style’ yang ditunjukkan oleh Nik Shamiera ini merupakan gaya wartawan ketika melakukan tugasan di tempat atau acara yang berbeza.
‘Style’ pertama ditunjukkan oleh Nik Shamiera yang merupakan mentee kepada wartawan penyiaran Nisa Kasnoon ialah gaya ketika mengadakan lintas langsung.
Video kedua pula menampilkan gaya wartawan ketika menjalankan tugas untuk menemuramah VIP di mana ‘style’ yang ditunjukkan lebih kemas dan profesional.
Manakala untuk video yang terakhir pula menunjukkan pemilihan rona tudung yang berwarna- warni dengan ‘style’ hijab yang cantik bersesuaian dengan gaya wartawan penyiaran.
Jadi untuk mendapatkan gaya menarik.
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.astrogempak.com.my/ImpiankuBersamaSunsilk