HIBURAN
Nikah Hari Ini, Luna Maya Jalani Acara Siraman Dengan 7 Sumber Mata Air Termasuk Air Zam-Zam
Luna Maya, 41, sedang menghitung detik diijabkabulkan dengan kekasihnya, Maxime Bouttier hari ini.
Pasangan selebriti itu bakal disatukan sebagai suami isteri di Ubud, Bali dalam sebuah majlis tertutup.
Namun sebelum menikah, keduanya telah melalui beberapa ritual adat yang selalu dilakukan menjelang perkahwinan. Ini termasuklah acara siraman.
Acara siraman merupakan daripada rangkaian adat Jawa yang melambangkan penyucian diri sebelum memasuki kehidupan pernikahan.
Diketahui pasangan yang menggayakan busana tradisional Jawa ini telah menggunakan tujuh sumber mata air yang berbeza. Ia melambangkan keberkatan dan kesucian.
Ketujuh sumber mata air itu termasuk air zam-zam, air dari Jakarta yang diambil di rumah Luna Maya dan air dari Bali kampung halaman aktres tersebut.
Selain itu sumber air juga diambil daripada kediaman pelakon Maxime, lapor Kompas.
Ritual yang dipimpin oleh ibu Luna, Desa Maya Waltaurd Maiyer telah disiarkan secara langsung menerusi YouTube TS Media dan Luna Maya.
Pada acara sama Luna juga terlihat sangat emosional sewaktu bersalaman dan meminta restu ibunya.
Maxime sebelum ini melamar Luna di Jepun.
Must-Watch Video