Hiburan

Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali

gempak
Maliah Surip
06/05/2024
13:16 MYT
Sponsor Banner
Nikah Secara Islam 8 Mei Ini, Mahalini & Rizky Febian Selamat Jalani Upacara Dharma Suaka Adat Bali
Pasangan penyanyi terkenal Indonesia, Rizky Febian dan Mahalini selesai menjalani upacara dan adat Bali sebelum keduanya berkahwin secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Upacara yang dikenali sebagai Mepamit dan Dharma Suaka itu dilangsungkan mengikut adat dan kepercayaan Mahalini.
Mahalini merupakan seorang penganut Hindu yang berasal dari Bali sementara Rizky seorang Muslim.

BERITA TRENDING: Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?

Rizky yang merupakan anak sulung pelawak Sule dilaporkan terlebih dahulu melakukan upacara adat Dharma Suaka yang bermaksud bakal pengantin lelaki meminta izin kepada keluarga wanita untuk ke jenjang perkahwinan.
Adat Mepamit pula dilangsungkan Mahalini sebagai cara meminta izin kepada keluarganya untuk berkahwin sekaligus akan menjadi tanggung jawab suami.
Media tempatan melaporkan keluarga Rizky termasuk Sule bersama dua adiknya, Putri Delina dan Rizwan Fadilah hadir ke upacara tersebut dengan memakai busana adat Bali.
Selesai menjalani upacara tersebut, pasangan itu dijadualkan akan diijab kabul menerusi pernikahan secara Islam pada 8 Mei ini di Jakarta.
Terdahulu berita perkahwinan mereka menuai pelbagai pro dan kontra kerana keduanya dipercayai berbeza agama.
Malah majlis agama di republik tersebut berpendapat pernikahan Rizky dan Mahalini sebagai tidak sah kerana perbezaan agama tersebut. Orang Islam diketahui haram menikah dengan orang bukan Islam.

BERITA TRENDING: Rizky Febian Didakwa Murtad Gara-Gara Ikut Sambut Perayaan Nyepi

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024