Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Viral

Nikah Tanpa Keluarga Di Sisi, Anggota Keselamatan Ini Nangis Selepas Sah Jadi Suami Orang - "Kena Kuarantin Di Hospital Sebab Positif Covid-19"

Zulaikha Yusof 18/06/2020 | 06:21 MYT
Seorang anggota keselamatan, Koperal Muhammad Ayraf mengalirkan air mata selepas sah menjadi suami kepada pilihan hatinya.
Namun situasi yang dialaminya berbeza. Tidak ditemani ahli keluarga malah bernikah secara online di sebuah hospital.
Ayraf disahkan postif Covid-19 justeru terpaksa dikuarantin sehingga sihat sepenuhnya.
Menerusi laman Facebook Friends Of PDRM, dikongsikan sebuah rakaman video sepanjang majlis akad nikah itu berlangsung.
"Pengantin Covid-19.. Tahniah dan selamat pengantin baru Kpl Muhammad Ayraf yang baru sahaja bernikah walaupun sedang kuarantin di hospital kerana dilaporkan positif Covid-19.
"Semoga segera 'discas' dan dapat bertemu isteri," kongsinya.
Entri itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya sedih melihat pengorbanan frontliner ini.
Walaubagaimanapun, mereka tidak lupa untuk mendoakan agar anggota ini cepat sihat dan dapat pulang ke pangkuan keluarga.
"@Queem Arinna: AllahuAkbar sedihnye Pengantin baru tak dapat bersama dengan isteri, semoge lekas sembuh seperti sediakala yea Koperal Muhamad Ayraf. Semoga Allah taalla beri kekuatan serta kesabaran kepada sepasang mempelai. Amin yaa robbal'alamin. Apa-apa-pun selamat pengantin baru.
"@Lila Alat: Semoga cepat sembuh,sedihnya. Bersabarlah ye.
"@Saye Lerr: Selamat pengantin baru. Sedih pulak tengok. Semoga cepat sembuh.
"@Jaafar Ahmad: Itu satu dugaan yang tak boleh dilupakan oleh pengantin yang bernikah. Semoga selamat sejahtera hendaknya.
"@Hanz Speed: Sabar laa," antara komen-komen yang ditulis.
Video tersebut telah mendapat tontonan sebanyak 12,000 sejak dimuat naik awal pagi tadi.
#Positif #COVID-19 #Anggota Keselamatan #Kahwin Online
;