Laman Utama

Nikahi Safawi Rasid Hujung Tahun Lalu, Syifa Melvin Kini Disangka Sudah Hamil - "Baby Bump Ke?"

gempak
Syafiqah Jalal
11/03/2023
04:42 MYT
Sponsor Banner
Nikahi Safawi Rasid Hujung Tahun Lalu, Syifa Melvin Kini Disangka Sudah Hamil - "Baby Bump Ke?"
Adik kepada pelakon Syatila Melvin iaitu Syifa Melvin disangka sudah hamil anak sulung selepas bernikah dengan bintang bola sepak Safawi Rasid pada penghujung tahun lalu.
Menerusi foto yang dikongsi ketika pelancaran produk terbaharu adik beradik mereka, netizen mula mendakwa ternampak perubahan di perut Syifa yang semakin membesar kelihatan seperti 'baby bump'.
Rata-rata warga maya di Instagram mula berteka teki.
"Adakah baby bump Shifa? Cantiknya semoga sukses," komen salah seorang pengikutnya
"Baby bump ke?," tanya salah seorang warga maya
"Ingat saya seorang je nampak," komen salah seorang pengguna laman sosial yang membalas komen mengenai baby bump.
Syifa yang juga seorang pempengaruh di media sosial bagaimana pun tidak menjawab atau membalas pertantaan berkenaan.
Malah meninggalkan ia terus menjadi tanda tanya pengikutnya.
Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November tahun lalu selepas gosip percintaan mereka mula bertebaean sejak dua tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024