Laman Utama
Nikahkan Kakak, Netizen Melting Tengok MK K-Clique Berbaju Melayu Putih - "Kita Pula Bila?"
Selepas majlis perkahwinan kakak kepada penyanyi rap MK K-Clique, Siti Hawa Hamdan bersama anggota kumpulan, Fareed Saddi berlangsung pada Isnin, pemilik nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan itu mencuri perhatian ramai apabila mengajukan soalan bilakah gilirannya untuk mendirikan rumah tangga.
Menerusi platform TikTok, MK bertanyakan soalan itu dan membuatkan ramai wargamaya tidak keruan.
“Kita pula bila?” tulisnya di ruangan komen.
Menerusi perkongsian tersebut, MK turut memuat naik foto berbusana baju melayu putih yang dipakai ketika persandingan kakaknya yang turut ditemani oleh ibunya, Kamariah.
Sementara itu di ruangan komen, pertanyaan tersebut dihujani dengan jawapan berbentuk usikan daripada peminatnya.
“Hai bakal mak mertua, ops!” komen seorang wargamaya.
“Bismillah insyallah esok saya masuk meminang,” usik seorang wargamaya.
“Bah cepatlah kau set tarikh kita,” tulis seorang wargamaya.
“Kalau tak minggu ni, kita kahwin minggu depan okay awak,” kata seorang wargamaya.
“Aik bukan sudah ada calon ka? Apa tunggu lagi?” tanya seorang wargamaya lagi.
Dalam meraikan majlis perkahwinan kakaknya yang serba meriah di Kota Kinabalu, Sabah, MK tidak lupa menyambut ulang tahun kelahiran ibunya yang juga jatuh pada hari Isnin.
Malah, dia turut mendedikasikan sebuah nukilan istimewa buat ibunya yang dimuat naik di laman Instagram.
“Alhamdulillah ada bidadari yang hadir dalam hidup ini. Tidak akan berdiri aku hari ini kalau bukan kerana pengorbanan mu. Cinta dunia akhiratku. Selamat ulang tahun, sayangku!” tulis MK.
Untuk rekod, sekitar awal tahun lalu tular foto dan video MK bersama seorang gadis istimewa yang dikenali sebagai Siti Hajar yang didakwa sebagai kekasihnya.
Namun sehingga ke hari ini, MK masih mengunci mulut mengenai status dirinya bersama wanita terbabit.
Must-Watch Video