Nantikan pelbagai diskaun dan tawaran hebat pada 12 Disember ini (12.12) di semua platform Go Shop, khas buat semua pelanggan.

Go Shop melancarkan ‘6th Anniversary Grand Finale’ sebagai sambutan penutup ulang tahun keenamnya pada 12 Disember ini, dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari di Astro saluran 118, 303 dan MYTV saluran 120.

Grand Finale ini akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan Mandarin yang akan menampilkan hos Go Shop Akma, Hazim, Raianna, Hai Chyi, Tiong, dan Fiona.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran seperti, hadiah eksklusif, Beli 1 Percuma 1 dan potongan harga sehingga 58% untuk barangan terpilih! Tambahan pula, Go Shop juga menawarkan diskaun sehingga 80% untuk semua pelanggannya di 12.12 Flash Sale yang siarkan secara langsung mulai jam 9 malam di Astro saluran 111, Astro Prima (saluran 105 HD, 125 SD) and MYTV (saluran 120), dan 11 malam pula di saluran 303.

Saksikan siaran langsung dan tawaran istimewa ini melalui Go Shop di televisyen, laman web rasmi, aplikasi di peranti, dan Facebook Live.

Kempen sambutan Ulang Tahun ke-6 Go Shop, #GoShopGreaterTogether dimulakan dengan ‘Anniversary Live Party’ sebagai penghargaan kepada pelanggan atas sokongan padu mereka.

Siaran langsung sambutan ulang tahun itu mencapai rekod penjualan harian tertinggi, dengan peningkatan sebanyak 60% jumlah produk yang terjual, serta kenaikan sebanyak 89% bagi jualan dalam talian berbanding dengan sambutan tahun lalu.

Sementara itu, penjualan dalam talian juga meningkat sebanyak 50% dan pelanggan berdaftar meningkat 30% sepanjang kempen sambutan Ulang Tahun ke-6 Go Shop, berbanding tahun lalu.
Ikuti Go Shop setiap hari menerusi Astro saluran 118, 120 dan 111 untuk siaran Bahasa Melayu atau saluran 303 untuk siaran Bahasa Mandarin serta dapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai tawaran.

Go Shop juga boleh dinikmati di MYTV (saluran 120). Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.