Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63, radio ERA membawakan Konsert 63 ERA secara digital yang menampilkan 21 penyanyi terhangat tanah air secara langsung di mana sahaja anda berada.

Konsert ini boleh ditonton menerusi peranti mudah alih anda pada 31 Ogos hari ini, jam 9 malam menerusi Facebook Live and YouTube ERA.

Antara artis-artis yang bakal membuat persembahan menarik di Konsert 63 ERA adalah Ernie Zakri, Wany Hasrita, Syamel, Kaka Azraff, Floor 88, Sarah Suhairi, Tuju, Noki, Ucop, Haqiem Rusli, Kimy Kmo, Luca Sickta, Loca B, Feeya Julia, YonnyBoii, Kucaimars, Ariff Bahran, AsyrfNsir, Dolla, Tuah Adzmi dan Siqma.

Konsert ini merupakan kolaborasi bersama syarikat-syarikat muzik tempatan termasuklah Universal Music Malaysia, Warner Music Malaysia, DefJam Recordings Malaysia, Rocketfuel, RUSA, MVM, FMC, Nars Records dan Aries Music.

Dapatkan maklumat terkini berkaitan Konsert 63 ERA di Facebook, Instagram dan laman rasmi ERA.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Konsert 63 ERA malam ini, selamat menyambut hari kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia!