Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Nikmati Penstriman Percuma Dengan 'sooka'!

Asraf Aided 08/06/2021 | 10:35 MYT
Aplikasi penstriman terbaru, sooka yang menawarkan kedua-dua kandungan percuma dan berbayar dilancarkan hari ini.
Diinspirasikan daripada perkataan ‘suka’, sooka memberi tumpuan kepada pengumpulan dan penyusunan kandungan seperti siaran langsung aksi sukan global, drama dan program hiburan Malaysia, serta siri-siri eksklusif dan original sooka yang sesuai dengan selera golongan milenial menerusi platform ‘Over-The-Top’ (OTT) berasaskan mudah alih.
Menyasarkan untuk mengisi kelompangan kebolehdapatan serta akses kandungan tempatan yang disukai oleh golongan milenial, sooka berada di atas landasan yang betul untuk mencipta kandungan yang lebih hiper tempatan, relevan dan menjadikannya lebih mudah diakses berbanding sebelum ini untuk penonton hiburan mobile-first atau yang mengutamakan kandungan versi mudah alih.
Menurut Ketua Rancangan, sooka, Emarina Mohd Kamal, aplikasi tersebut dilancarkan pada zaman di mana ramai pengguna sudah biasa menonton kandungan secara dalam talian.
“sooka tiba di saat para pengguna hari ini mengamalkan gaya hidup mobile-first dan oleh yang demikian, mereka sudah biasa menonton kandungan di dalam talian. Peralihan trend menonton ini telah menyebabkan para pengguna pantas mengamalkan gaya hidup digital ‘normal baru’, menjadikan kandungan hebat sebagai salah satu aset digital yang penting.
"Maka, tidak hairanlah kenapa mereka sangat bergantung kepada telefon pintar masing-masing serta aktif di dalam media sosial, dan sentiasa mencari kandungan hebat yang boleh ditonton segera di mana sahaja mereka berada, menerusi peranti mudah alih milik mereka.
"Kandungan sooka dikurasi untuk tontonan segera, pada harga mampu milik serta didatangkan dengan pelan langganan yang mudah, dan kami menjemput semua milenial untuk mencuba sooka," katanya dalam satu kenyataan.
Selain daripada menawarkan langganan percuma, sooka turut menawarkan dua pilihan pelan mudah dan mampu milik iaitu pelan VIP+Sports (pada harga RM41.90 sebulan, dengan promosi ketika ini RM15.90 sebulan) yang membolehkan para peminat sukan tegar menikmati akses tanpa had dan secara langsung aksi sukan terbaik sepanjang tahun.
Selain itu, pelan VIP Entertainment (pada harga RM15.90 sebulan) pula menawarkan kandungan hiburan terbaik di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai drama, rancangan dan filem tempatan, serta siri-siri eksklusif dan original sooka.
Bersempena dengan UEFA EURO 2020, sooka melancarkan promosi istimewa untuk pelan VIP+Sports pada harga pengenalan RM15.90 sebulan mulai 8 Jun 2021, membolehkan para peminat sukan menikmati semua 51 perlawanan UEFA EURO 2020 dan lain-lain aksi sukan secara langsung, beserta pelbagai hiburan kegemaran dan siri original tempatan.
Sebagai alternatif, para pengguna yang berminat untuk hanya menyaksikan pasukan kegemaran mereka sahaja boleh membeli pas tunggal UEFA EURO 2020 pada harga RM7.90 untuk satu perlawanan.
Tambah Emarina, pihaknya telah menyediakan perancangan kandungan sukan yang mantap hingga ke hujung tahun dan akan terus mengukuhkan portfolio tersebut.
“Perbezaan utama sooka ialah kebolehan kami untuk menawarkan aksi sukan secara langsung untuk tontonan para peminat sukan di dalam peranti mudah alih mereka, membolehkan mereka menonton aksi sukan kegemaran mereka pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja.
"Kami telah menyediakan perancangan kandungan sukan yang mantap hingga ke hujung tahun dan akan terus mengukuhkan portfolio tersebut agar kami dapat terus membawakan yang terbaik untuk para peminat sukan di Malaysia.
“Selain daripada itu, kami dengan sukacitanya menawarkan pelbagai pilihan siri drama Melayu premium yang terkini, filem-filem, rancangan hiburan, program Siaran Langsung, serta pelbagai rancangan berbahasa Cina dan Tamil bagi memenuhi selera tempatan.
"Kami juga bekerjasama dengan pencipta dan syarikat penerbitan terbaik di dalam industri ini bagi menghasilkan siri-siri original yang segar dan menarik khusus untuk golongan milenial, oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan lebih banyak lagi kandungan seperti ini pada bulan-bulan yang akan datang," katanya lagi.
Untuk memulakan perjalanan sooka anda, muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Playstore dan rasakan sendiri keseronokan menggunakan aplikasi ini!
#Aplikasi #Penstriman #sooka
;