Hiburan
Nikmati Program Menarik Sepanjang Ramadan Bersama ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN
Bulan Ramadan bakal diserikan dengan pengisian menarik dari jenama-jenama Melayu Astro Radio iaitu ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN, bermula 24 April 2020!
Stesen ERA menawarkan E-Salam Ramadan yang memberi platform kepada peminat untuk menyampaikan dedikasi Ramadan kepada ahli keluarga mahupun saudara mara melalui WhatsApp ERA dan dedikasi anda akan ke udara, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 27 April 2020.
Selain itu, Tips Sihat ERA bakal berkongsi tips kesihatan dan senaman yang boleh dilakukan di rumah bersama jurulatih bertauliah agar para peminat ERA kekal cergas dan mengamalkan gaya hidup sihat dan ia bermula 27 April 2020 melalui media sosial ERA.
SINAR menyajikan program-program iaitu 1 Hari 1 Doa di mana para peminat boleh menghayati pilihan doa untuk diamalkan setiap hari bersama Ustaz Fauwaz, bermula 27 April, seperti yang akan dikongsi melalui siaran udara dan di media sosial SINAR.
Selain itu, Kisah Ramadan akan mula bersiaran pada 4 Mei dan para peminat SINAR boleh berkongsi kisah-kisah menarik dalam menjalani ibadah puasa menerusi siaran udara dan di media sosial SINAR.
Permata Pantai Timur, GEGAR pula akan menawarkan dua program iaitu Madinah Ramadan GEGAR - ZAYAN dan Dikir Ramadan GEGAR.
Madinah Ramadan GEGAR - ZAYAN memberi pengisian menarik tentang amalan di bulan Ramadan serta sesi soal jawab bersama tokoh agama dan penceramah jemputan pada setiap Selasa bermula 28 April, 9 malam melalui media sosial GEGAR dan ZAYAN.
Dikir Ramadan GEGAR pula memberikan perkongsian nasihat dan kisah tauladan berkonsep dikir barat oleh oleh Sabri Yunus pada setiap Isnin dan Rabu, 5 petang bermula 27 April 2020 di udara dan media sosial GEGAR.
Selain itu, stesen ZAYAN pula menawarkan pengisian menarik seperti ZAYAN Virtual Terawikh, ZAYAN Ngaji Ramadan dan ZAYAN Review Ramadan.
ZAYAN Virtual Terawikh memberikan panduan solat terawikh bersama personaliti ZAYAN serta berselawat secara LIVE di media sosial yang diiringi sesi tazkirah selepas waktu terawikh, bermula 24 April di media sosial ZAYAN.
ZAYAN Ngaji Ramadan pula akan membawakan anda Tadarus Al-Quran bersama personaliti ZAYAN, ustaz-ustaz dan selebriti jemputan yang akan dimuat naik di media sosial ZAYAN bermula 24 April.
ZAYAN Review Ramadan pula akan menyajikan anda mengenai personaliti ZAYAN yang bakal memberi ulasan tentang resepi dan menu untuk berbuka puasa mahupun bersahur, setiap hari bermula 24 April melalui siaran udara dan di media sosial ZAYAN.