Kehadiran Ramadan pada tahun ini bakal diserikan dengan program dan pengisian menarik dari jenama-jenama Melayu Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN, bermula 13 April 2021.
ERA: Dboyz Buka Puasa Norma Baru & Renungan Ramadan Goodday ERA
ERA menawarkan dua program iaitu ‘Dboyz Buka Puasa Norma Baru’ dan ‘Renungan Ramadan GoodDay ERA’ untuk para peminat:
Dboyz Buka Puasa Norma Baru: Peminat bertuah berpeluang untuk berbuka puasa dan beramah-mesra bersama Radin dan Danial secara maya. Peminat boleh menghantarkan penyertaan menerusi laman rasmi ERA: era.je
Renungan Ramadan Goodday ERA bersama DMFK: Radin akan bersama Dato’ Dr Mohamed Fadzillah Kamsah (DMFK) untuk memberikan motivasi dan berkongsi inspirasi kepada pendengar ERA di bulan ramadan ini menerusi Facebook Live ERA.
SINAR: Kongsi Rezeki SINAR & SINAR Belanja
SINAR menganjurkan program ‘Kongsi Rezeki SINAR’ dan ‘SINAR Belanja’ bersama para peminat di sepanjang Ramadan nanti:
Kongsi Rezeki SINAR: SINAR mempelawa semua peminat untuk menyumbang barangan keperluan harian untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan dengan kerjasama SINAR dan ‘The Lost Food Project’.
Maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi laman rasmi SINAR: sinar.my
SINAR Belanja: Para peminat SINAR boleh ambil bahagian dalam ‘SINAR Belanja’ untuk peluang menang sebahagian pembiayaan bil barangan dapur berjumlah RM30,000 dengan kerjasama HoneyB Malaysia.
Peminat boleh menyertai dengan menghantarkan penyertaan menerusi laman rasmi SINAR: sinar.my
GEGAR: Lughatul Arabiah GEGAR Pagi & Gerbang Ramadan GEGAR
GEGAR menampilkan pelbagai pengisian menarik dalam ‘Lughatul Arabiah GEGAR Pagi’ dan ‘Gerbang Ramadan GEGAR’ di bulan Ramadan nanti:
Lughatul Arabiah GEGAR Pagi: Para peminat boleh mempelajari Bahasa Arab dalam ‘Lughatul Arabiah GEGAR Pagi’ bersama Mek Zura dan Shah, bermula 9 pagi, setiap Ahad hingga Jumaat menerusi siaran udara.
Gerbang Ramadan GEGAR: Peminat juga boleh menambah ilmu dan pengetahuan dalam ‘Gerbang Ramadan GEGAR’ yang menghimpunkan perkongsian ceramah dan kisah tauladan oleh penceramah jemputan pada setiap hari menerusi media sosial Facebook dan Instagram GEGAR.
ZAYAN: ZAYAN Sedekah Ramadan & ZAYAN Terawih Tour
ZAYAN menyediakan dua pengisian iaitu ‘ZAYAN Sedekah Ramadan’ dan ‘ZAYAN Terawih Tour’ untuk bersama peminat di sepanjang Ramadan ini:
ZAYAN Sedekah Ramadan: Peminat ZAYAN boleh bersedekah di bulan Ramadan dengan memberi sumbangan menerusi laman rasmi ZAYAN: zayan.my.
Setiap nilai sedekah yang diterima akan disampaikan kepada jemaah masjid untuk berbuka puasa yang dilakukan dengan kerjasama masjid-masjid di sekitar Lembah Klang.
ZAYAN Terawih Tour: Para peminat ZAYAN boleh menikmati ‘ZAYAN Terawih Tour’ bersama personaliti ZAYAN yang membawa peminat untk menziarahi masjid di sekitar Lembah Klang dan menunaikan solat terawih bersama jemaah di masjid yang dikunjungi menerusi media sosial Facebook dan Instagram ZAYAN.
Amri Hassan
Tue Apr 13 2021
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen
Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a
Restoran Singapura Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji RM5,000!
Percaya atau tidak, pekerjaan menebar roti jala mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan… cuma anda perlu bekerja di restoran di Singapura!
Wanita Didakwa Kurung Suami Dalam Rumah 5 Jam Gara-Gara Tak Mahu Ikut Ke Kenduri, Amuk Baling Lesung Batu?
Seorang wanita didakwa telah bertindak mengunci suaminya di dalam rumah selama 5 jam gara-gara suaminya itu tidak mahu ikut serta ke kenduri.
Sambut Aidilfitri Demi Keluarga, Kaka Azraff Akui Terkesan Pemergian Ibu & Kakak - “Kita Yang Bersedih Kenapa Mereka Perlu Terkesan?”
Aidilfitri 2024 merupakan sambutan Hari Raya paling hiba buat penyanyi, Kaka Azraff apabila dirinya terpaksa menyambut lebaran tanpa dua insan tersayang iaitu ibu dan kakaknya. Berkongsi pengalaman tentang perayaan tanpa dua individu penting dalam hidup, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, mengakui sangat terkesan dengan pemergia
Tok Jalal minat Lisa Blackpink | Projek Bapak Bapak S3
Tok Jalal minat Lisa Blackpink wow.
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Saksikan #TravelLawakBapakBapakS3 setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Pihak polis sedang memburu tiga lelaki dipercayai suspek yang terlibat dengan kejadian membakar anak kucing hidup-hidup di tempat meletak motosikal Flat Seri Kenari, Kajang pada Selasa.
The Hardest Singing Show | PROMO
Korang dah bersedia untuk menyaksikan sebuah program terbaru Astro? Jom kita sama-sama nantikan!
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
#thehardestsingingshow #thehardest #luarlimitasi #THSS
Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.