Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nikmati Rasa Alam Semula Jadi Dengan Syampu Terbaharu Hebal Essences Bourbon & Manuka Honey

Syafiqah Jalal
31/10/2019 11:40 MYT
Selari dengan kempen alam semula jadi #NaturallyLegit yang dilancarkan oleh Herbal Essences, syampu terbaharu diperkenalkan iaitu Herbal Essences Bourbon & Manuka Honey.

Menariknya, Herbal Essences Bourbun & Manuka Honey tampil dengan bahan botani asli dari Royal Botani Gardens, Kew yang dicipta khas untuk penjagaan rambut rosak.

Dalam acara yang dianjurkan oleh Watsons dan Herbal Essences yang diadakan di The Farm Foodcraft , The Sphere pagi tadi, ahli sains dari P&G Asia Pacific Haircare, Saint Tiu turut menunjukkan eksperimen yang membuktikan syampu Herbal Essences terdiri dari bahan organik asli.

Syampu Herbal Essences Bourbon & Manuka Honey ini dipercayai dapat membantu merawat dari akar hingga ke hujung rambut dengan menggunakan formula bahan-bahan semula jadi dari Royal Botanic Gardens, Kew.

Pengguna syampu baharu Herbal Essences ini dapat merasai kehangatan haruman madu, bunga-bungaan putih serta kayu-kayuan berharga.

Paling penting Herbal Essences Bourbon & Manuka Honey tidak akan merosakan rambut dan juga kulit kepala kerana ia bebas dari paraben, pewarna serta paraffin.

Malah, ia berada dalam pH-seimbang dan selamat terutama untuk rambut yang diwarnakan.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Herbal Essences Bourbon & Manuka Honey sekarang untuk merasai pengalaman hebat ini!

Syampu Herbal Essences boleh didapati di seluruh pasaraya Watsons dengan harga RM27.90.
#Herbal Essences #Naturally Legit #Royal Botani Gardens
;