Kualiti udara bersih dalam rumah amatlah penting memandangkan ramai antara kita sudah terdedah dengan banyak pencemaran ketika berada di luar rumah.

Bagi anda yang sibuk bekerja, sudah tentu mahukan suasana selesa di rumah untuk berehat.

Kini, Panasonic tampil dengan penyaman udara X-Premium Series yang sudah tentu menjanjikan kualiti udara bersih, sihat dan menyamankan di dalam rumah anda!

Penyaman udara ini mempunyai teknologi Nanoe yang memberi banyak manfaat kepada anda.

Di sini, Gempak senaraikan kebaikan teknologi Nanoe dalam penyaman udara Panasonic X- Premium Series ini :

Menyegarkan Udara, Menyingkirkan Bakteria & Virus



Salah satu kebaikan teknologi Nanoe yang digunakan dalam penyaman udara Panasonic X- Premium Series ini adalah menyegarkan udara.

Sistem tapisan dalamannya mempunyai bahan yang menghasilkan udara yang segar ketika digunakan, selain itu, ia juga menghapus bakteria dan virus dalam udara, sudah tentu menjamin kebersihan dan keselesaan di rumah anda.

Mencegah Kulat (Mould)

Kebiasaanya, jika penyaman udara sudah lama digunakan dalam tempoh yang panjang, kulat atau ‘mould’ akan terhasil dan harus dibersihkan.

Namun begitu, teknologi Nanoe yang digunakan oleh Panasonic X-Premium Series ini mempunyai keupayaan mencegah ‘mould’ meskipun digunakan dalam satu tempoh masa yang panjang. Ternyata kehebatan teknologi Nanoe ini akan memudahkan kerja anda di rumah!



Mencegah Alahan

Selain menjanjikan kualiti udara yang bersih dan segar, penyaman udara Panasonic X-Premium Series juga mampu mencegah alahan yang disebabkan oleh udara dalam rumah.

Ya benar! Teknologi Nanoe yang digunakan ini juga mampu mencegah alahan dengan menghasilkan udara bersih dengan tapisan bakteria dan virus.



Menghapus Habuk

Selain dari kebaikan yang disenaraikan di atas, teknologi Nanoe yang digunakan penyaman udara Panasonic X-Premium Series juga berupaya untuk menghapus habuk di dalam rumah anda.

Habuk boleh menyebabkan alahan terjadi, maka dengan sistem tapisan hebat penyaman udara ini, anda tidak perlu risau lagi!



Menghapus Bahan Berbahaya Dalam Udara

Tanpa disedari, udara dalam rumah boleh tercemar dengan pelbagai bahan kimia berbahaya.

Teknologi Nanoe yang digunakan dalam penyaman udara Panasonic X-Premium Series ini juga mampu menghapus bahan-bahan berbahaya yang terkandung dalam udara. Ia lebih menjamin kesihatan sistem pernafasan anda!

Melembabkan Kulit & Rambut

Adakah kulit anda sering terasa kering akibat suhu sejuk dari penyaman udara? Dengan Panasonic X-Premium Series, anda tidak perlu lagi risau dengan masalah itu kerana teknologi Nanoe yang digunakan mampu melembabkan kulit dan rambut anda.

Kini, anda boleh menjaga kesihatan pada bila-bila masa sahaja di rumah ketika memasak, mandi mahupun ketika sedang tidur!

Tunggu apa lagi? Dapatkan penyaman udara Panasonic X-Premium Series sekarang!