Siri yang dinanti-nantikan, Take CTRL telahpun mula ditayang pada Sabtu, dua hari lalu.

Siri berkenaan dibintangi pelakon popular Shaheizy Sam bersama pelakon baru Hana Nadira, bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Farid, dan Chi Ho, Jinnyboy, Jenn Chia dan ramai lagi.

Memandangkan ia baru memasuki episod pertama, mungkin ada penonton yang belum tahu dengan mendalam tentang penceritaannya.

Take CTRL mengetengahkan kepayahan adik beradik untuk memahami antara satu sama lain kerana masing-masing mempunyai minat dan karakter berbeza.

Anda akan melihat bagaimana mereka cuba mengetepikan perkara itu dan bekerjasama sesama sendiri.

Hal sebegini berlaku dalam banyak keluarga di Malaysia terutama apabila umur anak-anak meningkat remaja.

Jadi, jalan cerita Take CTRL sangat dekat dengan remaja dan adik-beradik yang kerap berhadapan isu perbezaan pendapat, minat dan sebagainya.

Nilai murni yang boleh dicontohi, walau isu antara adik beradik dalam Take CTRL ini menguji kesabaran, namun mereka tetap cuba berbaik antara satu sama lain.

Selain itu, Take CTRL juga memaparkan nilai persahabatan yang tinggi. Kawan baik Sky dan Ram (watak Faiz Najib & Sry Khairudin), sentiasa ada untuk mereka dan setia berkawan.

Watak rakan-rakan Sky dan Ram iaitu Dennis dan Shima pula dipegang oleh Gabriel Pountney dan Rika Adrina.

Ramai tahu, jika kita mempunyai kawan-kawan yang bersikap positif dan memberi sokongan tanpa jemu, ia turut menjadi faktor untuk diri terus bersemangat.

Pendek kata, Take CTRL memang sesuai menjadi tontonan seisi keluarga kerana banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan kehidupan!

Jangan lupa saksikan Take CTRL bermula hari ini, setiap Sabtu, 9 malam di saluran TA-DAA! (612).\

BACA: Today Is The Day! Ini 5 Sebab Anda Perlu Tonton Take CTRL...