Berita

Nina Iskandar Ada Cara Sendiri Besarkan Anak, Ini Pesannya Buat Mak-Mak Yang Menyibuk..

gempak
ZULHILMI JALIL
14/07/2020
06:30 MYT
Sponsor Banner
Nina Iskandar Ada Cara Sendiri Besarkan Anak, Ini Pesannya Buat Mak-Mak Yang Menyibuk..
Pelakon Nina Iskandar meminta agar mana-mana pihak tidak mencampuri segala urusan berkaitan cara dia menjaga dan menguruskan anaknya.
Menurut Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 29, dia lebih selesa untuk membesarkan anaknya dengan cara tersendiri.
"Jangan ajar saya bagaimana nak membesarkan anak saya sendiri. Anda mempunyai cara tersendiri, begitu juga dengan saya.
"Sekalipun pada satu hari nanti, saya inginkan pandangan anda, saya akan bertanya sendiri," katanya menerusi satu teguran yang dibuat di Instagram.
A post shared by Nina Iskandar ?? (@ninaiskandar) on
Menurut Nina, buat masa sekarang dia hanya mahu memberikan apa sahaja yang terbaik buat anaknya.
"Buat masa ini, biarlah Rizqin nak makan apa sahaja yang dia mahukan. Bahkan, biarlah dia nak lakukan apa sahaja yang dia mahu.
"Lagipun, dia anak saya. Awak jaga anak awak okay," pesannya kepada golongan ibu-ibu di luar sana khususnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan Nina itu.
"Buat apa yang anda rasa terbaik dalam membesar dan mendidik anak. Jangan hiraukan pandangan orang lain.
"Betullah tu. Anak masing-masing, lantaklah nak bagi makan apa pun. Tak perlu sibuk-sibuk," tulis sebahagian komen.
Sebelum ini, Nina memaklumkan anaknya kini sudah mula diberikan makanan pejal selepas mula untuk melalui proses cerai susu.
BACA: Anak Nina Iskandar Cerai Susu
Begitupun, difahamkan Nina menerima pelbagai pandangan dan teguran daripada netizen berhubung cara pemakanan kepada anaknya itu.
Nina yang mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan pada April 2019 dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia tujuh bulan.
Saksikan drama lakonan Nina Iskandar di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024