Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Nina Iskandar Didakwa Marah Ketika Jawab Soalan Tentang Warna Baju Raya Anak, "Tidak Ada Raya Tahun Ini Kan ..."

Zulaikha Yusof 13/05/2020 | 03:00 MYT
Pelakon Nina Iskandar berpendapat tahun ini tidak ada sambutan Hari Raya Aidilfitri memandangkan wabak Covid-19 masih belum berakhir.
Nina memberitahu perkara itu ketika menjawab soalan peminat yang bertanyakan mengenai warna baju raya anak lelakinya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.
"Baby Riz punya baju raya warna apa hihi," tanya seorang pengikut di Ask Me Questions.
"Tidak ada raya tahun ini kan. Dunia pun belum pulih dari Covid-19 namun orang masih menganggapnya ringan dan masih nak beraya macam tiada apa. Saya tidak faham," jawab Nina.
Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan itu dianggap mempunyai unsur kemarahan oleh salah seorang netizen.
"Saya tidak faham kenapa awak nak jawab soalan macam marah bila orang tanya baju Riz warna apa raya, adoi," tulisnya.
Nina tidak mendiamkan diri lantas menjawab.
"Saya rasa awak tidak faham," jawab Nina.
Terdahulu, Nina dan suaminya penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan mendirikan rumah tangga pada April 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak yang dilahirkan pada 23 Disember tahun lalu.
#Nina Iskandar #Baju Raya Anak
;