Ning Baizura Kongsi Rahsia Gemuk Ke Kurus

Ahmad Shah
Oktober 18, 2016 04:20 MYT
Penyanyi Ning Baizura atau nama sebenarnya Ning Baizura Sheikh Hamzah, 41, berkongsi petua amalan pemakanan sehingga dia berjaya kurangkan berat badannya.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Ning dilihat memuat naik foto perbezaan gambarnya dahulu sebelum dan selepas mengamalkan pemakanan yang sihat serta menerangkan tentang punca menyebabkan sesorang itu gemuk.
Menurut Ning, pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan ia menjadi lemak dan seterusnya akan menyebabkan kekegemukan kepada sesorang itu.
Tambahnya lagi, jika pengambilan gula dapat dikurangkan ia akan memberikan kesan terhadap pengurangan lemak didalam badan kepada sesorang individu tersebut.
Ning juga dilihat mengakui sebenarnya bukan mudah untuk berhenti daripada mengambilan gula dalam makanan seharian kerana ketagihan kepada bahan dipanggil 'fructose' yang tersembunyi dalam bekalan makanan kerana ia telah diberi makan kepada anda selama bertahun-tahun.
"Jika anda mempunyai sepanjang hari tanpa gula, adakah anda mengalami perubahan mood, sakit kepala atau tenaga yang rendah? Jika anda menjawab ya kepada salah satu daripada soalan-soalan di atas, anda ketagih gula,"katanya.
Berikut merupakan posting yang dimuat naik Ning Baizura:
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Ning Baizura