Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Nissa Lebih Banyak Terima Tawaran, Sabyan Raih Sambutan Memberangsangkan Daripada Peminat Luar Negara

Elrafaei Sapi
26/12/2018 10:34 MYT
Band popular dari negara jiran, Sabyan mengakui komen netizen di media sosial lebih menyukai mereka menyanyikan lagu selawat yang menjurus pada lagu ketuhanan.

Pemain keyboard kumpulan ini, Ahmad Fairuz atau Ayus berkata mereka pada awalnya berkongsi aktiviti persembahan Sabyan menerusi media sosial di Instagram.

"Awalnya kami tidak terfikir band ini boleh menjadi sebesar hari ini, saya buat band yang mahukan penyanyi yang boleh menyanyikan muzik gambus, selawat mahupun dangdut lalu saya bertemu dengan Nissa.

"Band sememangnya harus mencuba semua genre muzik dan kemudian kami bergabung dengan Nissa," katanya.

Pencapaian Sabyan dalam tempoh 3 tahun cukup memberangsangkan apabila mereka bukan saja diminati peminat di negara sendiri tapi merangkumi di pentas antarabangsa termasuk Malaysia, Hong Kong, Singapura dan Brunei.

"Cabaran paling berat buat kami adalah saya percaya ramai yang mengenali Nissa kerana Sabyan adalah Nissa.

"Yang berat buat saya adalah mempertahankan agar Sabyan bukan hanya dikenali dengan Nissa saja tapi gambusnya kerana banyak sekali tawaran untuk Nissa sama ada menjadi duta, iklan, filem dan sinetron," katanya.

Ujarnya, dia harus menahan ego untuk tidak mengambil kesempatan terhadap tawaran yang datang.

Bagi peminat tempatan di sini berpeluang menyaksikan band ini menerusi Konsert Sabyan Gambus Live in Malaysia 2019 di Kuala Lumpur yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 12 Januari 2019.

Konsert yang dianjurkan MHH Laguna Sdn Bhd ini turut menawarkan diskaun sebanyak RM100 untuk setiap kategori dan peminat berpeluang menyertai cabutan bertuah berupa iPhone XS. Tiket boleh dibeli menerusi dalam talian di www.ticket2u.com.my/konsertsabyan2019.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

#Sabyan #Sabyan Gambus #Nissa Sabyan