Nama vokalis band Sabyan Gambus, Nissa menjadi bualan ramai apabila dituduh menjadi punca keretakan rumah tangga pemain keyboard kumpulannya, Ayus.

Perkara itu didedahkan menerusi akaun Instagram @mak_nyinyir. Dalam entri terbabit, seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai sepupu kepada isteri Ayus tampil bersuara.

"Jadi Ayus Sabyan itu yang punya band Sabyah dan selingkuh sama vokalisnya, Nissa Sabyan. Sudah bertahun-tahun isterinya menutup rapat aib suami tapi mereka berdua tidak mahu berpisah.

"Isterinya akhirnya meminta cerai. Aku sepupu isterinya," tulis entri berkenaan.



Mengukuhkan perkara itu, isteri Ayus sendiri, Ririe Fairus turut memuat naik pendedahan di Instagram peribadinya.

"Akan ada hati yang selalu menyayangimu walaupun kamu telah menyakitinya berkali-kali," tulis Ririe.

Akaun Instagram Nissa sendiri telah diserang oleh netizen yang mahukan kesahihan berita tersebut namun penyanyi itu masih berdiam diri hingga kini.

A post shared by Nissa (@nissa_sabyan)