ANTARABANGSA
Nissan Navara-R Bakal Memiliki 1,000hp Selepas Guna Enjin GT-R
SB Motorsport, sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan kereta drift Nissan GT-R di Eropah.
Kali ini syarikat berkenaan menghasilkan satu lagi model paling mencabar iaitu Nissan Navara dikuasakan oleh GT-R.

Tiada siapa yang berani menyahut cabaran ini melainkan SB Motorsport yang memiliki rekod terbaik dalam pembinaan jentera kustom dan diiktiraf di peringkat global.

Pengasas SB Motorsport, Stephen Biagioni berkata sejak perlumbaan ditangguhkan, SB Motorsport berpeluang menghasilkan sebuah kereta yang hebat dengan campuran prestasi dan praktikaliti.
“Navara-R tidak perlu dipertikaikan lagi dan ini adalah cabaran buat kami.
“Bagi mengekalkan jentera itu sah dipandu di jalan raya dengan kontra mod berbanding menghasilkan casis kereta lumba dengan tambahan minimum," katanyanya.

Proses modifikasi itu boleh dilihat menerusi video Youtube:
Sumber: www.fastcar.co.uk
Must-Watch Video