BERITA

NJOI Meriahkan Aidilfitri Bersama Anak-Anak Tahfiz Al-Habbah

Rozaimi Zubaidi 18/06/2019 | 08:15 MYT
Selari dengan sambutan Aidilfitri pada tahun ini perkhidmatan televisyen satelit percuma Astro, NJOI telah menyediakan sebuah televisyen beserta dengan kotak penyahkod NJOI kepada pelajar dan guru sekolah Tahfiz Al-Habbah di Batu Caves, Selangor.
Menurut Pengarah NJOI, Mazhairul Jamaludin, pemberian NJOI kepada sekolah terbabit dilakukan selari dengan tema Aidilfitri Astro 'Sempurna Seadanya' untuk membantu para pelajar belajar dengan saluran Astro TutorTV.
"Selari dengan tema sambutan Aidilfitri Astro 'Sempurna Seadanya', kami dengan berbesar hati bekerjasama dengan sekolah Tahfiz Al-Habbah untuk menghiburkan anak-anak ini.
"Kami bukan sahaja hiburkan mereka dengan kuih muih dan duit raya, malah memperkayakan kehidupan mereka dengan hiburan dalam pembelajaran melalui saluran-saluran NJOI.
"Dengan ini para pelajar disini dapat mengulangkaji pelajaran mereka di saluran Asto TutorTV dan pembelajaran hal agama di saluran Astro Oasis.
"Malah para pelajar di sini akan dapat mengetahui tentang berita tempatan dan antara bangsa melalui saluran Astro Awani dan mengenali tentang sikan di saluran Astro Arena," katanya kepada Gempak.
Mazhairul berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian NJOI kepada sekolah Tahfiz Al-Habbah di Batu Caves, pada Isnin.
Sementara itu, pengetua sekolah Tahfiz Al-Habbah, Abdul Khalid mengakui bersyukur dengan pemberian NJOI kepada sekolahnya.
"Hiburan dalam pembelajaran mustahak bagi perkembangan anak-anak bukan sahaja dari segi akademik, malah juga memainkan peranan penting dalam bidang kreatif.
"Kami dan anak-anak amat teruja dan menantikan pelbagai program melalui perkhidmatan NJOI," katanya.
#Astro #NJOI