Filem komedi Keluarga Iskandar The Movie (KITM) mendaki tangga pertama carta filem Top 5 Astro First.

Perkara terbabit diumumkan menerusi laman sosial Astro Shaw.

"Gaiss #KeluargaIskandarTheMovie masih lagi #1 hari ini!! Mana yang free tu jom layan gelagat Mak Jah sekeluarga di Astro First!" tulis pengendali akaun.

Gaiss #KeluargaIskandarTheMovie masih lagi #1 hari ini!! Mana yang free tu jom layan gelagat Mak Jah sekeluarga di Astro First! . #Repost @astrofirsteksklusif : You all buat apa hari Ahad hari ni? Ada yang pergi kenduri ke? Kalau tak, jom layan tengok cerita yang tengah top dalam Carta Astro First. Sewa dan strim On Demand atau Saluran 480. . Keluarga Iskandar The Movie Kini di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @kismahjohar_official @hilal.azman @sobrianuar @anitabaharom @azharbsulaiman @zainhamid @itsmehierahasan @izzilhamnzd @thedanishadam @khayrisyah_kemal @taqim.zaki @dhiaiskandar_official @shukritahir @rania_411 @rajaema @wanhaslizawz @klmotionpicturecompancy . #keluargaiskandarthemovie #keluargaiskandar #AllahKanDahSetFromTheTop #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Menerima banyak komen positif, KITM mampu membuatkan anda sekeluarga di rumah gelak terbahak-bahak!

Bagi anda yang belum menonton KITM, kenalah tontonnya menerusi Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.