Tanggal 25 Januari merupakan hari lahir putera kepada pelawak dan pengacara Jihan Muse dan suaminya, pelakon Ungku Hariz.

Melalui perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Jihan membuat keputusan membawa Ungku Arsalan Haq bercuti ke Jepun sebagai hadiah ulang tahun yang pertama.

"Happy 1 year old birthday my son.

"No birthday party for you sebab you still cannot eat the cake.

"So we bring u balik kampung okay sayang.

"So lets #jejakjepunjihan #MalaysiaAirlines #MalaysianHospitality," tulis Jihan.

Rata-rata pengikut turut sama menyampaikan ulang tahun kelahiran serta mendoakan yang baik-baik kepada Arsalan.

Jihan dan Hariz berkahwin pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu menimang cahaya mata pertama, Ungku Arsalan Haq pada 25 Januari tahun lalu.

Happy 1 year old birthday my son. No birthday party for you sebab u still cannot eat the cake. So we bring u balik kampung okay sayang. So let’s #jejakjepunjihan #MalaysiaAirlines #MalaysianHospitality

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on