Hiburan
'No Comment' Isu Fatin Afeefa, Adam Shahz Tidak Ingin Cetus Pergaduhan
Pelakon Adam Shahz tidak ingin memberi sebarang komen atau kenyataan mengenai isu bekas isterinya, Fatin Afeefa pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian.
Menurut Adam, dia tidak ingin mengeruhkan keadaan atau mencetuskan pergaduhan antara dua pihak.
"Sebenarnya saya tidak ingin komen apa-apa mengenai perkara tersebut.
"Kalau dia sendiri dah kata begitu, betul la kut.
"Bagi saya, biarlah ianya menjadi rahsia sepanjang saya bersama dia.
"Takut nanti kenyataan saya itu boleh mencetus pergaduhan antara dua belah pihak," katanya.
Adam ditemui ketika malam tayangan filem Kalla: Hidup Atau Mati di GSC Signature The Garden Mall, Kuala Lumpur.
Ketika ditanya mengenai penjagaan anak perempuan mereka, Ivy Herra Sophia, Adam berkata dia akan menjaga anak perempuannya di waktu dia bercuti.
"Saya sudah tidak menghubungi dia kerana sudah di 'block'.
"Saya akan menghubungi bekas ibu mertua untuk ambil dan jaga anak saya ketika waktu cuti," katanya kepada Gempak.