,
Hiburan

“No Epidural, No Pain Killer” - Raf Yaakob Bangga Mawar Rashid Bersalin Natural

Amri Hassan
07/01/2021
04:12 MYT
Suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob bangga apabila isterinya berjaya melahirkan bayi mereka secara normal.
Jelas Raf yang menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka pada 2 Januari lalu, Mawar disifatkan wanita yang kuat apabila mampu melawan kesakitan tanpa ubat bius sepanjang proses bersalin.
"Mawar Rashid, awak adalah seorang ibu yang kuat. Awak menghadapi kesakitan bersalin dengan begitu baik. Tiada suntikan bius, tiada ubat tahan sakit dan tiada ‘gas ketawa’ (nitrous oksida) digunakan. 100% natural.
"Awak dah dapat apa yang diingini selama ini. Kelahiran semula jadi, sama seperti sewaktu melahirkan Rafael. Saya sangat bangga dengan awak tau.
"Anje, awak merupakan seorang isteri yang baik kepada saya dan seorang ibu sempurna kepada semua empat Raden saya," katanya.
Meninjau ruangan komen Instagram Raf, ramai yang memuji kecekalan Mawar dan tidak putus ucapan tahniah buat pasangan itu.
Mawar selamat bersalin anak keduanya pada 2 Januari lalu yang diberi nama Raden Seri Rosabella Cinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dr Say Triggered Lelaki Cetek Akal Ugut Kahwin Lain Sebab Bersalin Ceaser - “Hang Patut Bersyukur Isteri & Anak Hang Masih Hidup Bro, Dungu"

gempak
29/08/2024
02:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluahkan rasa kesal dengan kisah tular seorang lelaki yang bertindak mengugut untuk berkahwin lain hanya kerana isterinya memilih untuk bersalin menggunakan kaedah pembedahan (czer).
Viral

Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

gempak
27/08/2024
11:55 MYT
Tidak semua suami mampu menghargai pengorbanan seorang isteri.
Viral

Dah Ada 44 Orang Anak, Wanita Ini Disarankan Terus Bersalin Lagi Jika Tidak ...

gempak
18/08/2024
14:55 MYT
Mariam, wanita berasal dari Uganda yang kini sedang mencuri perhatian warganet seluruh dunia.
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Hiburan

Mawar Rashid Kongsi Video Tidurkan Anak, Netizen Pula Salahkan Bekas Suami

gempak
04/08/2024
03:00 MYT
Pelakon Mawar Rashid baru-baru ini memuat naik hantaran memaparkan cabaran dirinya membesarkan anak-anak setelah bergelar ibu tunggal.