Hiburan
“No, I Am Not” – Nafi Spekulasi, Warganet Sokong Tindakan Cik B
Usahawan muda Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih mesra disapa Cik B mencetuskan pertikaian wargamaya apabila dikatakan mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenis.
Menerusi laman sosial Twitter, Cik B mengulang kicau satu kicauan jejaka yang menaruh hati terhadapnya.
“Awak tahu tak…. Saya ni….,” tulis Cik B kepada pengguna tersebut.
Malah, apa yang membuatkan wargamaya tertanya-tanya apabila Cik B turut menghantar satu kicauan menyatakan dirinya seolah-olah tidak ‘straight’.
“Me kona-kona, not straight,” tulisnya lagi.Me kona kona not steghet— cikb havoc (@HavocCikb) March 9, 2020
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, kicauan daripada Cik B itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Namun pada masa yang sama, Cik B turut membalas satu kenyataan wargamaya dengan menafikan dirinya seorang lesbian.
Malah, ramai yang turut menyokong tindakan Cik B menolak minat pengguna tersebut berikutan dia baru berumur 15 tahun.
“Saya rasa apa yang Cik B nak sampaikan adalah dia masih bawah umur kot,” kata seorang wargamaya.
“Cik B you kona-kona lepas tu straight, jangan belok-belok,” tegur seorang wargamaya.
“Hmm, biar betul Cik B? Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya seorang wargamaya.
“Ntah-ntah Cik B tak layan budak lelaki tu sebab Cik B dan berpunya ni,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, kicauan Cik B tersebut telah menerima hampir 5,000 ulang kicau dan 18,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Must-Watch Video