Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“No Komen” - Hafidz Bakal Sahkan Status Hubungan Dengan Athira Selepas Bercerai

Mya Amri
09/06/2023 07:25 MYT
Pelakon, Hafidz Roshdi enggan memberikan komen lanjut mengenai status hubungannya bersama kekasihnya, Athirah Yuhada.

Menurut Hafidz, dia bakal membuat pengumuman mengenai hubungannya itu selepas prosiding kes penceraian dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri selesai.

“Di bawah perbicaraan kes mahkamah, saya pun tak boleh nak cakap apa-apa lagi.

“Pengakuan untuk dia… Saya akan buat selepas bercerai. No komen. Itu di bawah perbincangan nantilah,” katanya ketika ditemui Gempak.

Sebelum ini, Hafidz dilihat kerap menanda (tagged) Athirah dalam laman sosialnya.

Perkara itu membuatkan netizen mendakwa Hafidz lebih terbuka untuk mendedahkan hubungannya bersama wanita terbabit.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan berkelakuan seperti seorang yang psiko, Hafidz berkata dia tidak menghiraukan tuduhan netizen.

“Saya tak baca komen di media sosial dan saya tak ambil peduli langsung. Minta maaf ya,” ujarnya ringkas.

Hafidz berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi prosiding kes sebutan semula kes mencederakan isterinya.

Dalam pada itu, Hafidz turut memberitahu dia berkesempatan bertemu kedua anaknya iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2

Bagaimanapun Hafidz memaklumkan dia tidak bertemu dengan Shuhada dan segala urusan adalah membabitkan peguam.

“Alhamdulillah… Saya ada berjumpa dengan anak-anak.

“Untuk raya haji pula saya belum berbincang lagi dengan Shuhada. Saya juga tidak bertemu dengan dia langsung buat masa ini. Semuanya melalui peguam,” jelasnya.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu sebelum wanita itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

#Hafidz Roshdi #Hafidz #Nurul Shuhada #Athira Yuhada #Hafidz Athira #Athira
;