Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“No, Never! Bukan Forte Saya” - Ramli MS Tolak Tawaran Berlakon! Bayar RM3 Juta Pun Tak Mahu

Mya Amri
21/10/2023 07:25 MYT
Pengarah muzik dan ketua juri All Stars Gegar Vaganza, Datuk Ramli MS menegaskan tidak berminat untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan.

Menurut Ramli, walaupun ditawarkan dengan bayaran lumayan namun dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak ke arah bidang tersebut kerana karakternya yang tidak pandai berpura-pura di hadapan kamera.

“Mereka banyak panggil untuk berlakon tapi saya tak nak ambil. No! Itu bukan forte saya dan saya tak suka berlakon.

“Berlakon itu satu benda lakonan, dalam kehidupan saya tak ada lakonan, saya orangnya direct sahaja. Saya tak suka cakap belakang-belakang,” katanya.

Ramli berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Travel Lawak: Projek Bapak-Bapak musim kedua yang diadakan pada Khamis.

Dalam pada itu, Ramli juga memaklumkan antara sebab lain dia menolaj tawaran tersebut adalah kerana pekerjaan itu di luar bidang kepakarannya.

“Never! Mereka bayar RM3 juta pun saya tak akan buat sebab bukan forte saya. Macam-macam watak yang ditawarkan.

“Tapi itu bukan saya. Ada benda yang anda boleh boleh buat dan ada juga benda yang anda tak boleh buat. Berilah orang lain buat.

“Macam program bapak bapak ini saya setuju kerana lebih kepada persahabatan. Kami juga tidak ada skrip, semuanya berlaku secara neutral dan spontan,” jelasnya.

Selain Ramli, program ini juga turut melibatkan Datuk Jalaludin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.

Saksikan Travel Lawak- Projek Bapak-Bapak musim ke-2 mulai 2 November 2023, setiap Khamis, jam 9 malam di Astro Warna (Saluran 107).

Para pelanggan juga turut dapat strim rancangan ini menerusi On Demand di Astro Box dan Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Datuk Ramli MS #Tok Ram #Travel Lawak Projek Bapak Bapak #Projek Bapak Bapak S2
;