Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

No Time To Die, Tayangan Filem James Bond Ditunda Pada November 2020

Azwa Rahman 05/03/2020 | 06:26 MYT

Gara-gara penularan Covid-19, filem ejen penyiasatan British James Bond, No Time To Die akan ditangguhkan tayangannya di seluruh dunia.

Menerusi laman sosial Twitter, produksi filem, MGM, Universal dan produser Bond, Michael G. Wilson serta Barbara Broccoli telah mengumumkan berita itu untuk semua peminat filem.

“Hari ini, selepas membuat pelbagai pertimbangan dan penilaian pasaran teater global, tarikh tayangan No Time To Die akan ditunda pada November 2020.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tarikh baru untuk tayangan No Time To Die adalah pada 12 November di United Kingdom dan 25 November di Amerika Syarikat.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, ramai wargamaya dunia yang kecewa dengan penangguhan filem ini.

Malah, tidak kurang juga ada yang memuji langkah ini kerana berasa kasihan pada peminat yang tidak dapat menonton filem ini gara-gara terpaksa dikuarantin.

“Peminat Bond mesti takda masa untuk mati sekarang, no time to die!” kata seorang wargamaya.

“Tukar je la nama filem tu jadi ‘Time To Die’ dan tayang je sekarang,” usik seorang wargamaya.

“Langkah yang bijak, filem terakhir Daniel Craig sebagai ejen 007 perlu ditonton oleh semua masyarakarat di dunia! Corona Virus boleh pegi mati,” tegas seorang wargamaya lagi.

Penganalis filem dunia juga telah bersetuju dengan penangguhan filem ini berikutan coronavirus telah menyebabkan banyak pawagam di China, Korea Selatan dan Itali ditutup.

Terdahulu, filem ejen 007 lakonan Daniel Craig telah dijadualkan untuk menemui peminat pada 3 April ini.

#Filem #Filem #Antarabangsa #COVID-19
;