Penyanyi dan model antarabangsa, Yuna telah berkongsi momen berharga bertemu
rapper popular Amerika Syarikat, Cardi B di laman sosial Instagram (IG)nya.
Pertemuan tersebut berlaku ketika Yuna menghadiri acara Pertunjukan Fesyen Chanel ketika Minggu Fesyen Paris yang berlangsung di Le Grand Palais.
Menerusi foto yang dimuat naik Yuna pagi tadi, rata-rata pengikutnya di IG meluahkan rasa cemburu dengan peluang diperolehi penyanyi ‘Terukir Di Bintang’ itu.
Sebelum itu, dua hari lalu Yuna turut memuat naik sepotong video ucapan terima kasih kepada pihak Chanel kerana mengundangnya ke acara pertunjukan fesyen
Chanel’s Spring Summer 2020.
Pada acara tersebut selain Cardi B, Yuna turut bertemu penyanyi rap daripada kumpulan BLACKPINK, Jennie.
September lalu, Yuna mengumumkan dirinya dilamar agensi model terkenal dunia, Wilhelmina Models.
Wilhelmina Models adalah agensi khidmat peragaan dan pengurusan bakat yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Syarikat itu juga mempunyai cawangan di Los Angeles, Chicago, Miami dan London.
Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo.
Manakala nama besar dalam peragaan yang dinaungi agensi berkenaan termasuklah Janice Dickinson, Robyn Lawley, Anjelica Huston, Rachel Trachtenburg dan Kendall Jenner.
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat