Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“No Way!” – Ramai Makan Hati Bila Yuna Jumpa Cardi B & Jennie BLACKPINK

Fiza Kamarudin 02/10/2019 | 01:10 MYT
Penyanyi dan model antarabangsa, Yuna telah berkongsi momen berharga bertemu rapper popular Amerika Syarikat, Cardi B di laman sosial Instagram (IG)nya.
Pertemuan tersebut berlaku ketika Yuna menghadiri acara Pertunjukan Fesyen Chanel ketika Minggu Fesyen Paris yang berlangsung di Le Grand Palais.
Menerusi foto yang dimuat naik Yuna pagi tadi, rata-rata pengikutnya di IG meluahkan rasa cemburu dengan peluang diperolehi penyanyi ‘Terukir Di Bintang’ itu.
Sebelum itu, dua hari lalu Yuna turut memuat naik sepotong video ucapan terima kasih kepada pihak Chanel kerana mengundangnya ke acara pertunjukan fesyen Chanel’s Spring Summer 2020.
Pada acara tersebut selain Cardi B, Yuna turut bertemu penyanyi rap daripada kumpulan BLACKPINK, Jennie.

Thanks for having me @chanelofficial wow I’m still over the moon I can’t believe that I got invited to Chanel’s Spring Summer 2020 show??. I got to go to Paris, wear a gorgeous outfit, go see a stunning show, meet wonderful people and have a great time. Congratulations to wonder woman @virginieviard for another remarkable collection that is youthful and elegant, with that wondrous backdrop its not everyday you see a fashion show on rooftops! Here’s a little video I put together from today. @chanelofficial @iamcardib @jennierubyjane @nanakomatsu_official #pfw2019 #pfw Thank you #yunateam @benwillis @misdeeds_ Claudia from #ChanelMalaysia and @adamyousofunny ❤️

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on

September lalu, Yuna mengumumkan dirinya dilamar agensi model terkenal dunia, Wilhelmina Models.
Wilhelmina Models adalah agensi khidmat peragaan dan pengurusan bakat yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Syarikat itu juga mempunyai cawangan di Los Angeles, Chicago, Miami dan London.
Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo.
Manakala nama besar dalam peragaan yang dinaungi agensi berkenaan termasuklah Janice Dickinson, Robyn Lawley, Anjelica Huston, Rachel Trachtenburg dan Kendall Jenner.
#Yuna #Cardi B #Jennie Blackpink
;