“No Wonder Elly Mazlein & Neelofa Tutup Muka Anak” - Netizen Tempelak Segelintir Individu Tak Sensitif, Ejek Wajah Anak Orang Sebagai ‘Bayi Joker’

Izwan Isa
Mei 30, 2022 11:50 MYT

Kenapa masih ada individu yang kurang sensitif terhadap kekurangan orang lain? Menerusi perkongsian pengguna di Twitter, seorang bayi diejek sebagai ‘Bayi Joker’ tanpa menyedari bahawa bayi berkenaan mengalami kondisi kesihatan yang berbeza dengan manusia lain.

“Lawak ke? Yang komen ramai perempuan. Ingatlah satu hari nanti kau akan ada anak,” tulis pengguna Twitter berkenaan.

lawak ke? yang comment rmai permpuan, ingatla one day kau akan ada anak pic.twitter.com/rINbXOHxMg

— boyfsakura (@n0ns0ciall) May 28, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi ruangan balas, terdapat puluhan respons yang mengecam tindakan segelintir orang yang dilihat hal berkenaan sebagai satu gurauan.
“Sama je lelaki perempuan, rupa bukanlah suatu perkara yang boleh dibuat lawak. Ingatlah rezeki rupa yang kita ada ni bila-bila je Allah boleh tarik balik. Jangan sombong sangat jadi manusia.”
“Dia post gambar anak dia bukan lesen untuk kau mengutuk anak orang macam tu. Cacat ke sempurna tu semua ciptaan Tuhan.”
“No wonder Elly mazlein dan Neelofa tutup muka anak dorang. Even muka cantik or comel pun, tak lepas dari mulut-mulut netizen. Dan sebenarnya, tak perlu pun nak upload di media sosial. Artis ke tak artis ke. Baru faham kenapa Islam ajar kita untuk filter balik apa yang kita buat dan tunjuk pada orang.”
Selain itu, ada juga yang memberikan sebab kenapakah kejadian seperti itu boleh terjadi dalam proses kelahiran bayi.
“Ini macrostomia, kecacatan kongenital akibat kegagalan gabungan proses maxillary dan mandibular. Ia adalah kecacatan kongenital yang jarang berlaku dengan kejadian 1 dalam 60,000 hingga 1 dalam 300,000 kelahiran hidup,” tulis seorang netizen.
Menerusi pencarian Gempak, difahamkan yang bayi berkenaan viral di beberapa portal antarabangsa selepas keadaan kesihatannya itu mendapat perhatian dunia dan diberi julukan sebagai ‘baby with permanent smile’.

#Baby With Permanent Smile #Bayi Joker