Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Nobita & Shizuka 'Bagi' Kad Kahwin, Love Ucapan Kreatif Netizen - “Dia Pun Dah, Kau? Masih Mereput”

Mya Amri
20/01/2021 05:45 MYT
Kecoh di laman Twitter apabila dua karekter siri animasi popular Jepun, Doraemon iaitu Nobita dan Shizuka akan berkahwin.

Topik tersebut menjadi bualan hangat di Twitter selepas poster yang seakan-akan menyerupai kad undangan perkahwinan Nobita dan Shizuka itu menjadi viral dan trending di media sosial.

Poster yang merakamkan Nobita dan Shizuka menggayakan busana perkahwinan dan reaksi Doraemon yang mengalirkan air mata ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya menyuarakan rasa puas hati dan gembira dengan berita tersebut.

Walaupun hanyalah sekadar watak animasi, namun netizen tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Nobita dan Shizuka dalam bentuk ucapan yang kreatif.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jangan lupa saksikan filem, Stand by Me Doraemon 2 yang dijangka akan ditayangkan pada Febuari depan.

Stand by Me Doraemon 2 akan menyaksikan impian Nobita untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Shizuka akhirnya tercapai apabila kedua-dua mereka disatukan dalam filem tersebut.

Bagi yang merindui kenangan zaman kanak-kanak, jom layan siri Doraemon di Astro Ceria setiap Isnin hingga Khamis pukul 2 petang. Ah rindunya!
#Viral #Trending #Doraemon #Nobita #Shizuka #Animasi Jepun #Animasi Popular
;