Sejak kemunculan mereka dalam arus muzik perdana pada tahun 2016 menerusi lagu hits mereka berjudul ‘Bunga’, percaturan Kugiran Masdo tidak pernah gagal dalam mempertaruhkan lagu berasaskan muzik pop klasik era 1960-an yang digubah mengikut citarasa masa kini.
Taruhan mereka ternyata menjadi apabila lagu-lagu hits mereka seperti ‘Dinda’, ‘Janji Manis’ dan ‘Teruna Dan Dara’ berjaya menjadi fenomena dan tular di media sosial sehingga ke negara jiran, Indonesia.
Kejayaan mencipta fenomena sebegini telah memungkinkan Kugiran Masdo untuk melebarkan sayapnya dan terbang lebih jauh dalam menakluki persada muzik di rantau Nusantara ini sehingga pernah diundang ke Indonesia untuk menjayakan persembahan di tiga lokasi iaitu Jakarta, Bekasi dan Bandung.
Malah kumpulan muzik yang dianggotai 4 anak muda ini telah menutup kalendar seni mereka pada tahun 2022 dengan cemerlang apabila bergabung dengan band ternama Indonesia, The Changcuters dalam menjayakan konsert Kugiran Masdo x The Changcuters di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Disember yang lalu.
Kini untuk meneruskan lagi momentum kejayaan mereka, Kugiran Masdo kembali dengan melancarkan lagu terbaharu mereka yang berjudul 'INILAH JALANNYA' sebagai pembuka lembaran seni mereka di tahun 2023.
'INILAH JALANNYA' merupakan ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer tersohor Noh Salleh.
Mengulas tentang lagu ini, Ali Sariah sebagai vokalis Kugiran Masdo ini berkata, lagu itu sarat dengan estetika muzik retro, menceritakan tentang detik-detik manis percintaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata tetapi diluahkan hanya dengan berbalas pandangan dan senyuman dengan seseorang yang diminati.
"Kami berasa sangat bertuah kerana berjaya mendapatkan lagu ciptaan Noh Salleh ini. Beliau memang pakar dalam mencipta melodi dan senikata yang menangkap telinga.
"Sejak kami perdengarkan lagu ini kepada peminat dalam konsert di Zepp KL tempohari, peminat telah memberikan sambutan yang hangat dan tidak sabar menantikan lagu ini dilancarkan secara rasmi.
"Ini merupakan single pertama dari tiga buah lagu yang bakal diterbitkan dalam kerjasama ini. Kami percaya kerjasama dengan Warner Music Malaysia dan Warner Music Indonesia ini mampu membawa kami ke aras yang lebih tinggi dan membuka peluang lebih besar untuk kami di masa akan datang," kata Ali.
Single 'INILAH JALANNYA' terbitan Warner Music Malaysia bersama Warner Music Indonesia ini boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 13 JANUARI 2023 manakala video muzik rasmi 'INILAH JALANNYA' boleh ditonton di saluran YouTube MASDO.
Amri Hassan
Tue Jan 17 2023


“Dia Kena Hadap La Benda-Benda Macam Ini” - Sharnaaz Ahmad Anggap Noor Nabila Wanita Kuat
Insya-Allah Nabila kuat!

GV10: “I Didn’t Do Well At All…” - Aishah
Aishah akui persembahan kurang memuaskan.

Payudara Nadin Amizah Diraba: “Sungguh Merendahkan Martabat Saya…”
Penyanyi Nadin Amizah melahirkan rasa kesal dan marah

Siti Nurhaliza Back Up Liza Hanim, Sekolahkan Netizen! - "Peribadi Tak Baik, Hati Hitam"
Tak baik kutuk fizikal orang.

Gara-Gara Jadual Terlalu Padat, Gisele Bundchen Pernah Berniat Mahu Terjun Bangunan
Gisele akui pernah ada gangguan mental

"Pandemik Rosakkan Rancangan Saya" - Datuk Shake Balik Malaysia Bikin Konsert Di Zepp KL, Janji Nyanyi Lagu Tiga Bahasa!
Konsert Datuk Shake di Zepp Kuala Lumpur pada 16 Disember 2023.

Senarai Tugasan Lagu Konsert Minggu Kedua All Stars Gegar Vaganza
Semak senarai lagu konsert kedua All Stars Gegar Vaganza!

Smart! Foto Pra Perkahwinan Noh Salleh & Fatin Athira Dapat Pujian Netizen
Memang cantik!

GV10: Ramai Komen Tentang Hos, Ini Jawapan Wakil Astro: “Kita Akan Bedah Siasat, Mungkin Ada…”
Meriah GV10 ada Nabil, Jihan dan Kak Lina.

Giliran Ustazah Asma’ Harun Tegur Aksi ‘Soft Porn’ Pasangan Selebriti - “Itu Perbuatan Maksiat Yang Berat!”
Semoga menjadi pengajaran.