Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Noh Salleh Dedah Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan Isteri 7 Bulan Lepas - "Kami Namakan Anak Kami Julian"

Khairil Khusyairi
22/09/2024 10:55 MYT
Penyanyi Noh Salleh berkongsi berita duka apabila cahaya matanya bersama isteri, Fatin Athirah Mustapa meninggal dunia tujuh bulan lalu.

Meninggal Dalam Kandungan

Kongsi Noh, bayi sulung mereka tersebut meninggal dunia ketika di dalam kandungan.

“Hari ini 22nd Sept 2024 adalah genap 7 bulan kami kehilangan anak didalam kandungan.

“Korang tak tau kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa (anak angkat bersama Mizz Nina), kami juga struggle memastikan anak didalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal.

“Pasti segala ujian ini adalah untuk mempersiapkan kami agar menjadi lebih kuat atau lain erti kata upgrade diri sebagai suami isteri,” kongsinya di Instagram.

Syukur Urusan Dipermudahkan

Dalam pada itu, pelantun lagu Bunga Di Telinga itu menzahirkan rasa syukur apabila segala urusan dipermudahkan.

“Walaupun perit nak go thru segala yang aneh-aneh tapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab we fought a great battle dan menang.

“Beruntung kami di kelilingi orang baik teman-teman dan kaum keluarga yang nonstop memberi kekuatan, mendoakan serta menemani kemana mana, awal pagi teman pergi kuburan while kami benar-benar tidak stabil mental dan emosi. You know who u are,” kongsi Noh.

Beri Nama Julian


Di akhir coretan tersebut, bekas suami kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina itu turut mendedahkan nama anak syurga mereka itu.

“Oh ya kami namakan anak kami Julian. Semoga tuhan izinkan kami boleh berjumpa dengan dia nanti.

“Posting ini adalah sempena ulang tahun saya dan isteri esok. Ulang tahun yang pertama tapi rasa macam dah 20 tahun sebab go thru macam-macam dah. True rock n roller. Palestin pasti bebas, tutupnya.

Noh dan Athirah sah bergelar suami isteri pada 23 September 2023.

Untuk rekod, Noh juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2023.

Mereka juga ada mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.

#Anak #Meninggal Dunia #Noh Salleh #Isteri