Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Noh Salleh & Mizz Nina Rayu Sumbangan Masalah Mental Golongan B40

Azwa Rahman 20/04/2021 | 14:45 MYT

Pasangan selebriti Noh Salleh dan isteri, Mizz Nina merayu masyarakat untuk menghulurkan sumbangan bagi mengerakkan kempen membantu golongan B40 yang mengalami masalah kesihatan mental.

Menerusi laman sosial Instagram, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh mahu mencapai sasaran sebanyak RM70,000 bagi kempen yang dinamakan sebagai Bantuan Psikologi B40 anjuran sebuah badan bukan kerajaan 1Moment 4Them.

A post shared by Noh Salleh | 光 (@mohammadnohbinsalleh)

Kempen ini mensasarkan kumpulan pertengahan yang mengalami kekangan kewangan untuk mendapatkan sesi rawatan mental ekoran COVID-19.
“Sokong komuniti kurang bernasib baik B40 yang menderita akibat masalah kesihatan mental. Selamatkan dan bantu rakan-rakan yang tidak berkemampuan.
“Benda yang kita takuti tanpa rawatan dan sokongan psikologi boleh menyebabkan keadaan akan bertambah buruk atau mereka boleh menghadapi tekanan sehingga membawa kepada kematian,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam perkongsian itu lagi, pasangan suami isteri tersebut mensasarkan 100 orang pesakit yang memerlukan rawaran psikologi.
Di ruangan komen pula, ramai wargamaya yang memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat pasangan ini agar misi mereka berjaya dilaksanakan.

#Mizz Nina #Noh Salleh #B40 #Masalah Mental
;