HIBURAN
Noki Cari Calon Isteri Bertudung, Faham Agama - “Saya Perlukan Seseorang Yang Boleh…”
Penyanyi dan pelakon, Noki berkongsi ciri-ciri wanita idaman yang menjadi pilihan hatinya jika bertemu jodoh suatu hari nanti.
Menurut Noki atau Ahmad Ikhwan Aji, 31, dia mengimpikan seorang wanita yang bertudung serta memiliki kefahaman agama yang baik agar dapat membimbing dan saling menyokong antara satu sama lain.
“Saya suka wanita yang bertudung, yang faham pasal agama. Apa yang boleh apa yang tidak sebab saya pun sedar kelemahan diri saya jadi saya perlukan seseorang yang boleh support saya,” katanya menjawab soalan daripada netizen.
Dalam pada itu, pelantun lagu Gila itu juga menegaskan bahawa dia dan personaliti TV, Hawa Rizwana tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.
“Hawa itu kawan-kawan sahaja dengan saya,” jawabnya ringkas.
Terdahulu, Noki pernah menyatakan dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan wanita kelahiran Pantai Timur.
Menurut Noki, rata-rata wanita dari Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu memiliki wajah yang manis.
Must-Watch Video