,
Berita

Nombor Plat Khas Untuk Kenderaan Elektrik ‘EV 8055’ Dibida Menjangkau RM16,000

Gempak
28/09/2024
06:25 MYT
Pada 9 September yang lalu JPJ telah membuka bidaan Nombor Plat ‘EV’ yang dikhususkan untuk kenderaan elektrik sepenuhnya.
Bidaan berlangsung menerusi sistem dalam talian JPJeBID dari 9-13 September di mana bakal pembeli EV boleh membida nombor yang mereka inginkan.
Di dalam proses bidaan JPJeBID, terdapat banyak nombor-nombor popular yang biasanya bersaing sengit, seperti nombor satu digit dengan bidaan bermula RM20,000, atau nombor premium dua digit yang perlu dibida bermula RM5,000.
Untuk nombor ‘8055’, ia merupakan nombor yang popular kerana bentuknya boleh disamakan dengan ‘BOSS’, justeru menarik minat ramai dan bidaan untuk nombor ini adalah bermula RM500.
Malah nombor ’805’ yang juga membawa bentuk huruf ‘BOS’ tergolong dalam jenis nombor popular dan bidaan untuknya turut bermula pada harga RM500.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Lamborghini Saman Majlis Bandaraya Selepas Kereta Kena Saman

ARTIKEL BERKAITAN: Dua Cedera Selepas Kereta Dinaiki Tiba-Tiba ‘Ditelan’ Ke Dalam Tanah

ARTIKEL BERKAITAN: Sharina Richie Berbeza Dengan Wanita Lain, Lebih Minat Enjin Kereta Berbanding Shopping! - “Saya Umur 19 Tahun Dah Ada Nissan 350Z”

Selepas bidaan tamat, sistem JPJeBID turut menyenaraikan carian pemenang supaya anda mengetahui nilai yang sanggup dibayar untuk sesuatu nombor.
Nombor plat EV 8055 telah berjaya dibida pada harga RM15,800 manakala nombor plat EV 805 telah berjaya dibida pada harga RM4,001.
Satu lagi nombor yang mungkin popular dikalangan penggemar teknologi adalah 1337 yang membawa maksud ‘leet’, iaitu kependekan perkataan ‘Elite’ yang bermaksud elit.
Nombor 1337 berjaya dibida pada harga RM995 walaupun ia hanya sekadar nombor semasa, dengan bidaan bermula RM350.
Nombor-nombor yang berjaya dibida ini perlu didaftarkan dalam tempoh setahun dan untuk nombor plat kereta elektrik akan datang, akan menggunakan siri berturutan EV _ A, EV _ B dan seterusnya.
Kesemua nombor yang berjaya dibida tidak akan boleh didaftarkan kepada kenderaan selain elektrik sepenuhnya, dan juga tidak dibenarkan untuk didaftarkan kepada kenderaan hibrid.
Malah kumpulan nombor plat EV ini juga akan mula menggunakan Plat Pendaftaran Elektronik JPJePlate sebaik sahaja ia didaftarkan kepada kereta elektrik baharu untuk digunakan di jalanraya.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dikatakan Bakal Ambil Alih Gelaran Ratu Etnik Kreatif Malaysia, Aisha Retno Tidak Menolak Tapi…

gempak
28/09/2024
08:55 MYT
lagu Sutera itu beranggapan masih terlalu awal jika dia mahu mengambil gelaran tersebut memandangkan baru sahaja mempunyai tiga buah lagu yang bergenre tradisional.
Hiburan

“Saya Tak Ketepikan Mama…” - Marissa Dania Jawab Isu Hubungan Dengan Abby Abadi

gempak
28/09/2024
07:55 MYT
Anak kepada pelakon Abby Abadi, Marrisa Dania Hakim, 19, menegaskan dia tidak pernah mengenepikan ibunya susulan dakwaan merahsiakan berita kematian bayi sulungnya pada Ogos lalu.
Hiburan

Fasha Sandha Menangis Terkenang Dugaan Rumah Tangga Fazura - “Saya Juga Pernah Lalui Kegagalan…”

gempak
28/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Fasha Sandha gagal menahan air mata apabila diminta mengulas mengenai ujian yang menimpa rumah tangga sahabatnya iaitu aktres Nur Fazura.
Hiburan

Selepas Australia Dan Indonesia, The Weekend Ke Malaysia?

gempak
28/09/2024
05:55 MYT
Dengan tamatnya konsert berkenaan, adakah selepas ini The Weekend bakal meneruskan siri jelajah konsert itu ke Asia?
Hiburan

Kuatnya 'Aura' Ernie Zakri, Tiket Konsert Sold Out Dalam Masa 7 Jam

gempak
28/09/2024
04:55 MYT
Tidak sampai 24 jam penjualan tiket Aura: Ernie Zakri Live in Concert dibuka, ia telah habis terjual dalam tempoh tujuh jam sahaja.
BorakSeeni