Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Nombor Satu! Siti Nurhaliza Kini Artis Malaysia Pertama Dengan Jumlah Penstriman Terbanyak, Kalahkan Justin Bieber, Taylor Swift, BTS Di Spotify

Izwan Isa 03/05/2022 | 08:50 MYT

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi memecah rekod peribadi selepas berjaya menduduki tangga pertama Spotify Malaysia menerusi kemas kini terbaharu platform penstriman tersebut pada 1 Mei 2022.

Menerusi kemas kini berkenaan, Siti menduduki tangga pertama, memotong beberapa penyanyi antarabangsa popular lain seperti Justin Bieber (tangga kedua), Taylor Swift (tangga ketiga) dan BTS (tangga keempat).
Kedudukan tersebut sekaligus menjadikan penyanyi lagu Percayalah itu sebagai #1 Top Artist di Spotify Malaysia dengan jumlah penstriman terbanyak bulan ini.
Meninjau komen-komen di laman sosial, rata-rata memberikan respons positif terhadap pencapaian penyanyi itu sungguhpun sudah 26 tahun melakar karier sebagai penghibur.
“Ini gila! Beliau telah diberikan penghormatan panggilan nombor satu kerana alasan yang tepat. Kami sayang kamu!” tulis seorang peminat.
Terdahulu, menerusi pemerhatian Gempak, jumlah penstriman Siti di platform tersebut meningkat, terutama ketika bulan Ramadan menjelma.
Hal ini disebabkan lagu-lagu raya Siti yang popular dalam kalangan pendengar dan peminat masih mendapat putaran yang kerap di platform Spotify.

#Justin Bieber #Taylor Swift #Siti Nurhaliza #BTS
;