Nonny Nadirah Berangkat Menunaikan Umrah, Peminat Doakan Urusan Dipermudahkan

Zulaikha Yusof
Januari 18, 2019 04:15 MYT
Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadhirah telah selamat berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nonny mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali diri atas kesilapan kata dan kelakuannya.
Nonny melahirkan rasa sayang terhadap ibunya serta berharap semasa ketiadaan dirinya, ibunya akan sentiasa dijaga oleh Allah.
Nonny juga memohon kepada peminatnya supaya mendoakan perjalanannya ke tanah suci akan dipermudahkan.
"Assalamualaikum w.b.t..Di sini saya Nonny Nadirah binti Zainuddin ingin memohon maaf jika sekiranya sy ada terkasar bahasa, atau pun pernah menyinggung perasaan mana-mana pihak, terlebih terkurang harap dimaafkan & halalkan makan minum saya.
"Mama, sy syg mama dunia & akhirat. Maafkan saya sebab belum boleh jadi anak yg terbaik buat mama.
"Sy mohon dengan Allah s.w.t utk tlg jaga mama semasa ketiadaan sy. Dan memang selalu takde dengan mama pun.
"Maafkan saya ma. Salam sayang buat adik beradik saya & keluarga semua.
"Doakan saya dipermudahkan segala urusan," tulisnya.
Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar ibadah Nonny berjalan dengan lancar.
Difahamkan, Nonny pergi ke sana bersama penyanyi dan bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin serta suaminya, Ahmad Ailis.
#Umrah #Nonny Nadirah