Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Nonny Naik Motorsikal Dengan Niezam, Netizen Minta Jaga ‘Halal Gap’

Syafiqah Jalal
09/07/2020 02:02 MYT
Pelakon Nonny Nadirah mendedahkan dia dan kekasihnya Nizam Zaidi melalui proses susah dan senang bersama iaitu dari menaiki motorsikal ke kereta.


Menurut Nonny dia tidak pernah berputus asa dalam hidup meskipun wang di dalam poketnya hanya ada RM10.


BACA: Jalin Hubungan Istimewa, Niezam Zaidi Tak Kisah Status Nonny Nadirah


BACA : "Kami Tak Pernah Declare Apa-Apa, Tapi... " - Nonny Nadirah Tak Tolak Jodoh Dengan Niezam Zaidi

“Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah. Alhamdulilah sekarang dah ada transport balik. Terima kasih buat sahabat-sahabat semua yang banyak membantu kami.


“Walaupun ada RM10 dalam poket jangan pernah give up sebab rezeki Allah yang bagi.

“Teruskan dengan rajin bersedekah, utamakan keluarga, bantu sesama kita dan tengok magika yang akan berlaku dalam kehidupan korang,” katanya.

Nonny berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Nizam.

Selain itu, dia memuat naik foto bersama kereta dan Nizam yang difahamkan kenderaan terkini yang dimaksudkan.

Pun begitu, video dia membonceng motorsikal yang ditunggang Nizam telah mendapat perhatian netizen.

Rata-rata tidak gemar melihatnya membonceng motorsikal itu bersama seorang lelaki bukan muhrim dan meminta Nonny menjaga batas-batasnya.

“Hmmm bukan muhrim lagi kan?

“Aduh kenapa naik motor sama-sama?

“Jauh-jauh dulu, dah nikah baru boleh sweet macam ni.

“Eh dah kahwin ke?” Komen antara pengikutnya.

Pasangan ini mula terbuka tentang hubungan istimewa yang terjalin sejak Mei lalu dan akui bakal mengakhirinya dengan ikatan yang sah

Sekadar info, Nonny bercerai dengan bekas suaminya Mustain Adnan pada tahun 2019.

Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah, alhamdulillah now dah ada transport balik. Thank you buat sahabat2 semua yg byk membantu kami. . Walau ada RM10 dlm poket jgn pernah give up sbb rezeki Allah yg bagi. INGAT TU!! JANGAN PERNAH GIVE UP!! Teruskan dgn rajin bersedekah, utamakan keluarga, bantu sesama kita dan tengok MAGIC yg akan berlaku dlm kehidupan korang. . Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka. SesungguhNya Allah tau kamu mampu, Redha dan sentiasa berserah kpd Allah swt. Biar orang buat kita jgn kita buat orang. Allah tarik si biru, si putih dtg menjelma. Bukan si putih saja malah ada yg offer utk transport ke dua. Tapi kami dah cukup happy dgn siputih, jgn tamak, bersyukur dgn apa yg ada. Jangan cari Dia di masa susah sahaja, Dikala gembira tetaplah beringat, Dia lah pemberi segala nikmat didunia. Bila kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu, Allah maha baik. . Thru ups and down, Thank you so much tiger @niezamzaidi ♥️ . Nikmat apa lagi yg kau dustakan? ? #motivasihijrah #berhijabbukanpenutuprezeki #hijrahkearahyglebihbaik #roadtohalal #silasusunstrategi

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on

#Bercinta #Nonny Nadirah #Niezam Zaidi
;