UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Non-Stop Energy! Konsert Nidji 2.3 The New Chapter Luar Biasa, Hadiah Terbaik Buat Peminat Selama 23 Tahun

Khairil Khusyairi 05/02/2025 | 06:50 MYT
Malam yang indah buat peminat apabila band popular Nidji mementaskan Konsert Nidji 2.3: The New Chapter yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Ternyata tanggal 2 Februari menjadi detik bersejarah buat Nidji kerana menyambut ulang tahun ke-23 dalam arena muzik nusantara. Sekaligus membuka tahun 2025 dengan konsert solo berskala besar penuh sukses di Malaysia.
Tampil mempersembahkan 23 buah lagu, Nidji berjaya memberi magis kepada 10,000 penggemarnya yang menyaksikan persembahan penuh istimewa pada malam itu.
Tepat jam 8:30 malam, Nidji membuka panggung dengan menyanyikan lagu yang dipetik dari album baharu iaitu Manifestasi Hati.
Nidji terus membuat penonton ghairah apabila mendendangkan lagu-lagu yang yang menjadi runut bunyi rasmi atau OST filem-filem popular seperti Sumpah Dan Cinta Matiku, Teroesir, Di Atas Awan dan Rahasia Hati.
Penampilan istimewa dari Kugiran Masdo menghangatkan lagi suasana apabila dua band tersebut berduet menerusi lagu baharu Nidji, Zayang Zayang.
Tidak cukup dengan itu, vokalis Yusuf Ubay tampil dengan dendangan solo bermain piano menerusi lagu Abadi dan Getaran Jiwa.
Ubay menyifatkan persembahan lagu Abadi sangat peribadi kerana lirik lagu tersebut adalah hasil tulisannya manakala lagu Getaran Jiwa pula adalah penghormatan buat seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Tanggal 2 Februari juga cukup manis buat Ubay apabila genap enam tahun bersama Nidji menjadi yang terbaik.
Beraksi penuh energatik, Nidji terus memberi antusiasme kepada penonton dengan membawakan lagu-lagu popular seperti Arti Sahabat, Wadoow, Teman Sejati dan banyak lagi.
Antara lagu-lagu hits yang dipersembahkan adalah Laskar Pelangi, Ku Takkan Bisa, Kau Dan Aku, dan Bila Aku Jatuh Cinta.
Nidji turut menunaikan permintaan peminat apabila mendendangkan lagu Nelangsa.
3 jam beraksi dengan tenaga luar biasa, Nidji menutup malam penuh bermakna itu dengan lagu Biarlah dan Hapus Aku kepada peminat.
Nidji yang turut dibarisi Ramadhista Akbar (gitar), Andro Regantoro (bass), Andi Ariel Harsya (gitar) dan Adriana Prakarsa (dram) itu ternyata membawa penggemarnya melewati era baharu Nidji di arena muzik kini.
#Konsert #peminat #Nidji #Konsert Nidji 2.3 The New Chapter
;