Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Noorkhiriah Beri Penjelasan Selepas Dituduh Buat Rawatan Bibir

Elrafaei Sapi
30/07/2018 16:05 MYT
Pelakon popular, Noorkhiriah terkejut dengan komen segelintir netizen di media sosial yang menuduhnya melakukan rawatan bibir. 
 
Menerusi statusnya di Instagram, @khiriah_17, pelakon itu memberi nasihat pada netizen dan juga peminat agar tidak memberi komen sebarangan sehingga boleh menimbulkan fitnah. 
 
“Ada komen cakap saya buat bibir. Tak tau jangan komen. Nanti jatuh dosa dapat fitnah,” katanya.
 
Pelakon itu memuat naik video di akaun media sosialnya itu untuk memberi penjelasan sebenar terhadap dakwaan yang dilemparkan ke atasnya. 
 
Statusnya itu turut mendapat pelbagai komen daripada peminat termasuk rakan artis. 
 
 

Nah utk awak dik Njoy te video..akak ok sajork Jangan ada yg stress dan kecam lak Live to short to be netizen??

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Penyanyi Noorshila Amin menyatakan dia suka bibir atas pelakon itu tanpa melakukan sebarang rawatan. 
 
“Hahahahahaha... lawak btllah sape yg komen tu.. sy dah kenal lama nor ni,dr mula2 blakon lg, ms tu sememeh bebenor tgk dia blakon,mmg bibir dia lagu tu dah.. adoiii..bdk tu br lahir kot nor.. hahahaha..,” kata @ayla_arissha_bian.

Meskipun pelakon itu agak serius memberi nasihat pada netizen mengenai dakwaan tidak berasas itu, peminat pula terhibur dengan gaya dia bercakap.

"Lawak la akak ni. Dh la comel buat bbir mcm tu. Bibir atas tu isma suka. Comel," kata isma_izzaty.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @khiriah_17

 
#Noorshila Amin #noorkhiriah