Pelakon Noorkhiriah berhasrat menjadikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jenazah.

Menurut pelakon drama Nur itu, kenderaan yang akan diubah suai itu diharap akan dapat digunakan dalam menyediakan perkhidmatan pengangkutan jenazah secara percuma kepada umum.

"Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Akak sayang, maka akak jadikan kenderaan belakang ini van jenazah. Bagi yang memerlukan dialu-alukan.

"Perkhidmatan percuma van jenazah @nurbykhiriah. InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak beritahu. Terima kasih pada yang menyumbang," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Alhamdulilah lepaskan kerana Allah..akak sayang,maka akak jadikan ? blkg ni #vanjenazah.Bagi yg memerlukan dialu2kan..Perkhidmatan Percuma #vanjenazah @nurbykhiriah..InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak gitau..Tkasih juga pada yg menyumbang #tiadadayadanupayamelainkandenganizinAllah

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on


Menurut Noorkhiriah lagi, tindakan yang dibuat itu merupakan salah satu usaha yang mampu dilakukan sebagai bekalan di akhirat kelak.

"Akak tak kaya tetapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua.

"Setakat cerita kat tv tu jangan cerita, jangan kira dosa pahala orang lain..semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan diri sendiri," katanya.



Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya.

"Alhamdulillah, jangka masa panjang saham akhirat akak.

"Mulianya hatimu kak. Semoga dimudahkan segala urusan.

"Masya-Allah! Moga mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah," tulis sebahagian pengikut.

Saksikan drama lakonan Noorkhiriah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.