Noorkhiriah Reda Van Jenazah Yang Diinfak Hangus Terbakar - “Bila Allah Uji Macam Ini, Akak Terima”
Asyikin Mayudin
01/03/2024 02:55 MYT
01/03/2024 02:55 MYT
Pelakon Noorkhiriah mengakui berasa sedih apabila van jenazah yang diinfak sejak lima tahun tahun lalu terbakar pada Rabu lalu namun dia reda dengan ujian tersebut.
BERITA TRENDING: Noorkhiriah Mohon Jangan Judge Pihak Yang Tak Kongsi Isu Palestin - “Jangan Bersangka Buruk Mungkin…”
Norkhiriah juga berkata dia mungkin akan memohon sumbangan daripada orang ramai sekiranya van tersebut dapat dibaiki semula.
“Akak cuba kawal tapi gagal… nampak macam tak ada apa tapi khidmatnya besar. Ramai yang menyumbang. Sebab itu akak cakap dengan diri akak, pertubuhan amal Nur by Khiriah adalah milik kita bersama.
“Bila Allah uji macam ini, akak terima. Cuma sedih itu ada… doakan semoga dapat baiki semula. Andai Allah izinkan. Jika tak cukup duit nak baiki, dengan rendah hati akak mohon sumbangan ya.
“Tapi jika dah tak boleh baiki, akak tak buka sumbangan. Doakan semoga dapat ganti cepat. Ramai yang pergi tak kira masa,” kata Noorkhiriah menerusi Instagram miliknya.
Menerusi Instagram pertubuhanamalnurbynorkhiriah, pelakon itu berkta kenderaan jenis Hyundai Grand Starex berwarna hitam itu telah digunakan untuk membawa lebih 100 jenazah dalam masa setahun.
Walaupun kebakaran pada van jenazah itu berjaya dipadam oleh pihak bomba dan penyelamat, namun bahagian enjin hangus terbakar serta tidak dapat diselamatkan lagi.
Difahamkan, van tersebut telah diwakafkan olehnya beberapa tahun lalu sebagai satu saham akhirat untuknya memandangkan ia membawa jenazah secara percuma.
Kereta jenis MPV miliknya itu telah diubah untuk menjadi van jenazah bagi tujuan amal dan mereka yang memerlukan boleh terus menghubungi pertubuhan bagi mendapatkan bantuan perkhidmatan tersebut.